Monday, February 14, 2011

Serambi Mekah Sarang Pelacuran ??

Judi & Pelacuran di Kelantan. PAS terkapai-kapai nak jawab

Salam semua. Susah nak percaya. Memang susah nak percaya. Manakan tidak, dapat jolokan dengan nama 'Serambi Mekah'. Nama memang elok, suci dan bersih, tapi hakikatnya di cemari dengan maksiat. Negeri mana, siapa Menteri Besarnya...?..jawab le sendiri......Hehehe.....

PAS meminta Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan berleluasanya perjudian dan pelacuran di sebuah kampung di Kota Bharu.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata, kenyataan Mustapa yang mengulas dakwaan sebuah blog berhubung isu itu kelmarin menggambarkan seolah-olah ia hendak dipolitikkan.

pas muktamar 130610 idris ahmad
"Jika benar ada kegiatan seperti begini di Kota Bharu beliau (Mustapa) tidak boleh untuk berdiam diri. Jika ada mana-mana pihak yang melindungi kegiatan ini sila laporkan kepada pihak berkuasa," kata Idris (kiri).

Mustapa semalam dilaporkan menyifatkan kerajaan PAS Kelantan tidak bersih ekoran pendedahan sebuah blog terkenal - Kickdefella - bahawa berlakunya aktiviti loteri big sweep dan pelacuran di Kampung Limau Manis - kira-kira 500 meter dari kompleks pentadbiran kerajaan.

Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri juga dilaporkan berkata cakap-cakap mengenai kedua-dua aktiviti maksiat itu di bandar ini lama wujud dan kini ia telah disahkan dengan laporan surat khabar dan mediaonline.

Dalam kenyataannya hari ini ini, Idris juga menegaskan bahawa kerajaan Kelantan pimpinan PAS tidak pernah berkompromi dalam soal itu dan bersedia bertindak tegas sekiranya terbukti terdapat anggota parti Islam itu bersekongkol dalam kegiatan itu.

mustapa mohamed
Menurut Mustapa (kanan) lagi, jika benar dakwaan itu, Mustapa secara tidak langsung memperlekehkan kewibawaan polis yang berkhidmat di Kelantan "kerana tidak bertindak".

"Mustahil polis Malaysia yang cekap tidak dapat menghidu kegiatan yang tidak bermoral dan menyalahi sisi undang-undang. Datuk Mustafa mungkin lupa bahawa polis di bawah dagu kerajaan pusat.

"Bertindaklah segera jangan berkompromi kerana perkara jahat tidak perlu hendak dipolitikkan," katanya lagi.

Idris juga meyindir Mustapa dengan mengucapkan "tahniah" kerana "baru sedar loteri dan pelacur adalah haram di sisi agama."

* Ehh..ehh...sindir orang pulak. Kurang asam punya Ketua Penerangan PAS ni...dia orang yg berak, org lain pulak yg kena basuh...kalau dah dasar tak pandai mentadbir negeri, dan asyik mencari kesilapan orang, baik berhenti jadi manusia, dan lepaskan jawatan. Rakyat Kelantan dah muak, menyampah..dah tak tahan dengan kerenah dan perangai bodoh pemimpin-pemimpin di Kelantan. Kalau boleh besok dia orang nak tukar kerajaan. Betul....tak tipu. - IBM

2 comments:

  1. Salam Bro IBM,

    Sesama mereka pun boleh sindir menyindir lagi ke?
    Sepertimana Bro beri tahu, kenapa tak diambil tindakan terus sahaja?

    Pihak PBT di Kelantan pun turut menpunyai kuasa untuk meyekat, menyita dan memotong bekalan air dan elektrik ke premis yang dimaksudkan....
    Nah..apalagi ditunggu...kuasa di tangan mereka...

    ReplyDelete
  2. PTG : Salam. Juak-juak Pas ni hanya tahu mencari kesalahan org lain. Menegur kain org lain koyak, tapi koyaknya kain mereka, depa tak nampak, hinggakan punggung jelas kelihatan. Begitulah Pas, siapa x kenal.

    Mereka tahu adanya kegiatan maksiat di sana, tapi...buat2 tak tahu dan bila di tegur, menyalah/menyindir org lain pula....Hampeh puny Pas...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...