Sunday, February 13, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

13 FEBRUARI
Salam semua. Moga hari minggu ini bertambah ceria di samping keluarga yang tersayang. Dan jangan lupa jengok-jengok kat blog ini.....
KOMPUTER ELEKTRONIK PERTAMA KALI DIGUNAKAN UNTUK JABATAN KERAJAAN
KOMPUTER ELEKTRONIK PERTAMA KALI DIGUNAK
AN UNTUK JABATAN KERAJAAN
Tarikh Peristiwa : 13-02-1967
Pada hari ini dalan tahun 1967, sebuah komputer elektronik yang pertama kali digunakan oleh Jabatan Kerajaan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra bertempat di Jabatan Perangkaan, Kuala Lumpur. Berucap semasa merasmikan penggunaan komputer elektronik ini Tunku menyatakan bahawa penggunaan alat-alat ini akan dapat mengurangkan tenaga kerja, menyiapkan kerja dengan lebih pantas. Bagi Jabatan Perangkaan pula yang berkaitan dengan menganalisa data-data akan dapat dijalankan dalam jangka masa yang lebih pendek dengan adanya peralatan ini. Sementara itu Pemangku Ketua Perangkaan Encik Chander berkata dengan adanya komputer elektronik ini akan dapat mempercepatkan lagi proses-proses kerja yang berkaitan dengan data seperti banci penduduk dan menganalisa data-data yang berjumlah lebih daripada suku juta. Penggunaan komputer di dalam pengurusan hari ini semakin meluas dan hasilnya telah mendatangkan manfaat kepada rakyat keseluruhannya.


PERSIDANGAN MEJA BULAT AHLI EKONOMI DALAM BIDANG ELEKTRONIK DI ASIA

Tarikh Peristiwa : 13.02.1998
Pada hari ini dalam tahun 1998, Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Persidangan Meja Bulat Ahli Ekonomi Dalam Bidang Elektronik di Asia. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 25 daripada 44 wakil daripada pelbagai syarikat antarabangsa dan agensi merupakan anjuran Economist Group London, Pembekal Maklumat bagi Syarikat yang menubuh dan menjalankan operasi di peringkat antarabangsa. Pada majlis tersebut Perdana Menteri, menyatakan bahawa status Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bermula pada tahun 1996 telah mendahului jadual yang ditetapkan. Projek ini telah mendapat manfaat daripada Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) yang ditubuhkan bagi memastikan projek MSC mampu menguji idea dan teknologi baru berdasarkan persekitaran sebenar sekaligus membuktikan konsepnya berjaya. MSC merupakan koridor yang merangkumi kawasan seluas 750 km persegi, merentangi Menara Berkembar Pertonas hinggalah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kawasan ini meliputi Cyberjaya (Pusat Teknologi) dan Putrajaya (Pusat Pentadbiran Malaysia yang baru). Perlaksanaan MSC terbahagi kepada tiga fasa, bermula daripada tahun 1996 hinggalah ke tahun 2020.

* Selamat Membaca - IBM
Sumber : Arkib Negara
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...