Sunday, February 27, 2011

PRK DUN Merlimau: PAS nak jadi penasihat kepada kerajaan negeri jika menang..kah..kah..kah..!


[SUMBER DARI AKHBAR KAKI FITNAH NO 1 DI MALAYSIA]

JASIN, 27 Feb: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata calon PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau mesti menang bagi membawa suara Islam dan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri Melaka.

Menurutnya, calon PAS mesti menang bagi menjadi penasihat kepada kerajaan negeri dalam isu-isu melibatkan kedaulatan Islam dan Melayu.

"Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Melaka menggunakan wang zakat RM13.8 juta bagi membina Kompleks MAIM, penjualan Tanah Milik MAIM di lot 105 dan lot 106 pecahan kepada PT83 kepada pihak ketiga.

"MAIM juga didapati telah menyerahkan Surat Hak Milik PT83 kepada Regal Merger Sdn Bhd (RMSB) pada 13 Oktober 2006, sedangkan mereka telah tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Kompleks MAIM mengikut perjanjian asal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar harian Pakatan Rakyat di Markaz Induk PAS di Taman Muhibbah, Merlimau.

Idris juga mempersoalkan mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB.

Soalnya, apakah individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB.

Menurutnya, terlalu banyak pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri, antaranya Litar Go-Kart (RM9.9 juta), Eye On Malaysia (RM8 juta), Monorel Melaka (RM16.5 juta), Lapangan Terbang Batu Berendam (RM190 juta) dan sebagainya.

"Isu-isu pembaziran ini mesti diketengah kepada masyarakat dan di dalam Dewan Undangan Negeri, Adun mesti menasihatkan kerajaan negeri dengan dalil dan hujah," ujarnya.

Selain itu, katanya isu-isu melibatkan diskriminasi campurtangan politik dalam institusi masjid, surau, JKKK dan lain-lain.

"Semua AJK dan pegawai masjid mesti ahli Umno walaupun ada di kalangan mereka yang tidak berkelayakan dan melakukan perkara-perkara yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pegawai-pegawai masjid," tambahnya.

Idris berkata semua isu-isu di atas adalah melibatkan isu agama dan Melayu dan ianya mesti dibawa oleh Adun yang beragama Islam kerana isu-isu melibatkan kaum lain dan isu-isu lain boleh di bawa oleh Adun-Adun PR lain yang berjumlah 5 orang.

"Adun BN yang ada di dalam Dewan Undangan Negeri gagal memberikan nasihat kepada kerajaan negeri kerana mereka semuanya tidak berani mengkritik dan menyanggah pemimpin kerana takut kehilangan jawatan," ujarnya.

PAS DIIBARAT SEPERTI KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALALAN BETUL. SEDANGKAN DIA SENDIRI JALAN SENGIT. MEMANG BAHLOL DAN TOLOL SI PAS NI. - IBM

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...