Sunday, February 6, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

06 FEBRUARI

Salam 2 All.
Ada diantara kita yang melupai atau tidak mengetahui wujudnya 'Konfrantasi' di antara Malaysia - Indonesia. Oleh itu, moleklah kita baca untuk kita renungi bersama.....

MESYUARAT ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA MENCAPAI HASIL PERTAMA TENTANG GENCATAN SENJATA
Tarikh Peristiwa : 06-02-1964

Sejak daripada wujud Konfrantasi di antara Malaysia-Indonesia, usaha-usaha telah dijalankan bagi menemukan kedua-dua pihak tersebut untuk menyelesaikan segala salah faham dan perselisihan pendapat di antara Malaysia dan Indonesia. Satu persidangan di Bangkok telah diadakan pada 6 Februari 1964 yang telah dihadiri oleh kedua-dua pihak. Malaysia diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Indonesia oleh Menteri Luar, Dr. Subandrio. Persidangan tersebut telah mencapai hasil yang pertama apabila kedua-dua pihak bersetuju mengadakan gencatan senjata di sempadan masing-masing iaitu di Borneo-Kalimantan. Sebagai langkah membuktikan kata sepakat kedua-dua pihak mengirim kawat kepada Setiausaha Agong Bangsa-bangsa Bersatu meminta beliau melantik Thailand sebagai pengawas gencatan senjata di sempadan Borneo-Kalimantan. Sebagai sebuah negara yang berjiran, proses perundingan memainkan peranan yang penting bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul.

Dan...pada tarikh yang sama, di Sarawak, peristiwa penyerahan Sarawak kepada kerajaan Inggeris...teruskan membaca :

PENGUMUMAN PENYERAHAN SARAWAK KEPADA KERAJAAN INGGERIS

Tarikh Peristiwa : 06-02-1964

Pada hari ini dalam tahun 1964, Raja Putih Sarawak yang ketiga, Vyner Brooke telah mengumumkan penyerahan Sarawak kepada kerajaan Inggeris. Kerajaan Inggeris sememangnya telah lama berniat untuk campur tangan dalam pemerintahan Brooke di Sarawak. Akibat desakan daripada kerajaan Inggeris, akhirnya Vyner Brooke telah bersetuju untuk menerima Penasihat Inggeris pada 22 November 1941. Machryan telah dihantar secara sulit oleh Vyner Brooke untuk mendapatkan persetujuan Ketua-ketua Melayu di Sarawak. Datu Patinggi Abang Abdillah, Dato’ Bandar, Datuk Imam dan Datuk Hakim telah menandatangani dokuman penyerahan Sarawak kepada Kerajaan Inggeris yang telah di buat dengan cara ugutan, paksaan dan penerangan palsu. Pengumuman penyerahan Sarawak kepada Kerajaan Inggeris hanya sampai di Sarawak kepada 8 Februari 1946, dan telah menggemparkan penduduk Sarawak. Berikutan daripada itu, Datu Patinggi Abang Abdillah, Yang diPertua Persatuan Kebangsaan Melayu telah mengadakan mesyuarat tergempar dan menerangkan bahawa beliau telah ditipu oleh Machryan. Sesungguhnya, penyerahan Sarawak kepada Kerajaan Inggeris telah membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan Bumiputera di Sarawak untuk menentang Kerajaan Inggeris.


* Selamat Membaca : Ikhlas dari IBM

Sumber : Arkib Negara

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...