Saturday, February 5, 2011

Tak dapat jadi Perdana Menteri, kini Anwar nak jadi Ketua Menteri Sarawak pulak..

"Awak tu dah lama benar jadi Ketua Menteri, jangan jadi seperti Presiden Mesir, Hosni Mubarak, nanti kena guling, baik berundur." - Anwar
"Dia ni (Anwar) betul-betul dah sewel, gila jawatan. Tak dapat ke Putra Jaya, nak mengacau di Sarawak pulak. Nanti ku sumpit baru dia tahu." - Abd Taib Mahmud

Susah, susah bila terlalu nakkan jawatan, tapi tidak kesampaian. Apa lagi, meroyan sana, meroyan sini, kacau sana kacau sini, hasut sana hasut sini, dah macam orang sewel. Kesian....

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti presiden Mesir Hosni Mubarak yang mahu terus berkuasa walau diminta berundur.

Bercakap di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran cabang PKR Stampin hari ini, Anwar berkata penduduk Sarawak perlu menuntut supaya Abdul Taib segera berundur melalui proses demokratik.

Abdul Taib dan Mubarak kedua-duanya telah berkuasa sejak 30 tahun lalu.

Berjuta-juta rakyat Mesir kini melancarkan protes di seluruh negara bagi menuntut Mubarak supaya segera berundur.

Anwar berkata, perubahan boleh dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di negeri itu dan Abdul Taib tidak lagi menjadi ketua Menteri.

Katanya, Pakatan akan menurunkan harga minyak dan harga barangan keperluan sekiranya ia dapat membentuk kerajaan di Sarawak.

* Memang kelakar...kelakar, betul-betul kelakar. Kini di meroyan dan merayu-merayu pada rakyat Sarawak supaya menolak Ketua Menteri yang ada sekarang. Berjanji akan menurunkan harga minyak, barang keperluan dan macam-macam lagi. Kalau saya jadi rakyat sarawak, cabar si nuar ni, suruh dia buktikan dan turunkan harga minyak dan barang-barang keperluan di 4 negeri yang pakatan rakyat perintah sekarang ini. Lepas itu baru ke Sarawak. Jangan cakap tak serupa bikin. Tapi bagi saya, itulah janji-janji kosong orang nak merengkok dalam penjara for very, very long time...hehehehe. Kepada rakyat Sarawak, jangan terpedaya dgn janji-janji manis si Al-Juburi ni. He got nothing to loose. - IBM

2 comments:

  1. Salam Perjuangan Saudara IBM,

    Mohon di link ke blog Tuan untuk update terkini
    http://pemudatg1.blogpsot.com

    ReplyDelete
  2. Pemuda TG : Salam dan salam perjuangan kembali. Beres, akan ditunaikan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...