SKMM DIARAH SIASAT LAGI VIDEO HINA ISLAM

Bagi mengelakkan dari perkara yang buruk berlaku, elok benarlah apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menggambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari (gambar bawah) berkata SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu. Menurut beliau telah menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, beliau telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video itu, katanya kepada wartawan semalam.

Ia turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor anjing di atas sofa. Kesimpulannya wahai para pembaca yang budiman budak haram jadah ini memang berniat untuk menghina agama Islam dan umatnya, beliau langsung tidak memikirkan sensitiviti agama lain. Apa sebenarnya yang dia mahu?...dan tidak kah dia terfikir bahawa perkara seumpma itu merupakan satu kesalahan. Tidakkah beliau terbaca kerana sebelum ini, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah didakwa di mahkamah kerana mempersenda Ramadan dan umat Islam dengan memuat naik gambar sedang makan hidangan daging babi, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal di laman Facebook, di bawah Akta Hasutan 1948??.
Jadi, sekiranya beliau tahu, ini bermakna beliau memang sengaja dan mencari pasal dengan umat Islam di negara ini. Kalau beliau menggangap ini sebagai satu gurauan, ianya tidak boleh diterima pakai dan IBM pasti umat-umat Islam di negara ini tidak akan memaafkannya. Atau, ada pihak-pihak yang tertentu menaja budak haram jadah ini supaya berbuat demekian. Apapun kita tunggu dan lihat apakah yang terjadi selanjutnya. IBM nak tengok sejauh mana ketegasan SKMM. Sambil itu, IBM harap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengusurkan kepada kerajaan supaya isu penghinaan terhadap Agama ini di bawa ke Parlimen dan mengenakan hukuman yang seberat-beratnya serta denda yang tinggi terhadap persalah yang begitu biadap dan kurang ajar. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA