Saturday, July 13, 2013

SELURUH UMNO CAWANGAN DI SELANGOR MULAKAN MESYUARAT ISNIN INI!!

SABTU, 13 JULAI 2013
(Gambar Hiasan)

NAMPAKNYA tahun ini pemilihan di peringkat cawangan di jangka panas. Ada berita dan ura-ura menyatakan akar umbi (ahli Umno) di peringkat cawangan inginkan perubahan di Cawangan masing-masing. Ini bermakna sudah tentu ada pertandingan keselurhan jawatankuasa atau sebaliknya. Itu terpulanglah kebijaksanaan Ketua cawangan dan jawatankuasa yang lama untuk membendungnya dari berlaku. Bagi pandangan IBM eloklah sekiranya ianya tidak berlaku. Kalau berlaku, pasti tegang dan akan berlaku perpecahan di peringkat cawangan tersebut dan di peringkat Bahagian pun akan mendapat tempiasnya. 
Dijangka sejumlah 2,333 cawangan Umno di seluruh Selangor dijadual mengadakan mesyuarat mulai Isnin ini sehingga 31 Ogos depan, kata Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus. Beliau berkata semua cawangan itu diberi kelonggaran mengadakan mesyuarat masing-masing dalam bulan Ramadan atau Syawal. Umno Selangor juga memperuntukkan RM250 bagi setiap cawangan untuk mengadakan mesyuarat itu dan terpulang kepada Bahagian masing-masing untuk menambah peruntukan itu, katanya 
Selain itu, katanya cawangan Umno juga diminta memaklumkan pihak bahagian tarikh mereka akan bermesyuarat supaya wakil bahagian dapat memantau dan melaporkan perjalanan mesyuarat di cawangan masing-masing. Abdul Shukur juga berkata pada tahun ini, pemilihan pimpinan di peringkat cawangan akan diadakan.
Badan Perhubungan Umno Selangor kini giat turun ke bahagian-bahagian bagi memberi taklimat mengenai tatacara pemilihan Umno yang baharu iaitu pemilihan anggota Majlis Tertinggi pada tahun ini dilakukan secara terus oleh 146,500 perwakilan di 191 bahagian masing-masing. Pemilihan parti menggunakan sistem baharu itu susulan pindaan perlembagaan Umno pada Oktober 2009. 
Insyallah, di Bahagian Umno Petaling Jaya Utara, taklimat mengenai tatacara pemilihan Umno yang baharu akan diadakan esok 14 Julai (Ahad) jam 1:30 tengah hari di Pejabat Umno Bahagian Petaling Jaya Utara yang akan disampaikan oleh Umno Perhubungan Negeri. Jawatankuasa dan Ketua cawangan 4 peringkat dijemput hadir esok. Kehadiran di mestikan. Jumpa di sana ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...