

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah membincangkan isu pengharaman shisha sejak 2011 tetapi menangguhkan keputusan mengenainya sehingga data-data lebih kukuh dan menjurus kepada situasi mutakhir berlaku di Malaysia dapat dibuktikan. Baru-baru ini pula, isu pengharaman shisha dibangkitkan semula apabila Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding rokok. Pengumuman fatwa itu turut mendapat perhatian kerajaan negeri Perak apabila menimbang kemungkinan mengikuti jejak Perlis selain Melaka yang terlebih dahulu mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha.
Mengulas lanjut, Abdul Shukor menasihatkan seluruh umat Islam supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan shisha kerana pengharamannya adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan hadis. Katanya, pengharaman shisha juga adalah berlandaskan kaedah fiqhiah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam maqasid syariah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara. "Pengharaman shisha juga adalah kerana jelas memudaratkan kesihatan, membazir serta mensia-siakan masa dan harta selain dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji yang perlu dihindari semua umat Islam," jelasnya.
Oleh itu, IBM nasihatkan kepada pengemar shisha, hentikanlah perbuatan atau tabiat yang tak berfaedah itu demi untuk menjaga kesihatan. Kalau dilihat dari dekat, bukannya dapat apa-apa. Hisap, lepas itu keluarkan asap yang berkepul-kepul dan akhirnya asap pun hilang begitu sahaja. Kan membazir duit namanya tu. Ini nasihat ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA