BERGABUNG DEMI UNTUK KEBAIKAN ORANG-ORANG MELAYU

IBM setuju sangat dengan pendapat mereka kerana ada fakta-fakta yang boleh diterima pakai. Antaranya, orang Melayu kini berada dalam keadaan sangat kritikal dari pelbagai segi termasuk politik, ekonomi dan sosial. Maka, jika keadaan kritikal itu tidak dapat diatasi tidak mustahil kemajuan yang dicapai dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang akan pupus begitu sahaja. Kalau orang Melayu kehilangan kuasa politik seperti yang pernah dibayangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, IBM rasa amat sukar malah mungkin mustahil untuk menebus atau memperoleh kembali kuasa politik itu. Walau bagaimanapun, ramai yang meluahkan rasa kecewa kerana setakat ini UMNO dan Pas masih gagal mencapai kata sepakat untuk bekerjasama sekali gus gagal dalam menggembleng tenaga politik Melayu yang utuh, berkesan dan berwibawa.
Kalau anda pembaca sekalian masih ingat akan kata-kata Imam Masjidilharam, Sheikh Idris Ismail menyarankan agar UMNO dan Pas umat Islam khususnya memaafkan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan terhadap mereka. Bagi IBM ianya boleh berlaku dan dilakasanakan. Contohnya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang baru sahaja berlalu, wajar dijadikan sebagai permulaan untuk hubungan baharu antara UMNO dan Pas yang lebih produktif dan dimulakan dengan kesediaan untuk saling bermaafan. PRK di Kuala Besut di anggap sebagai pilihanraya yang perlu di contohi untuk masa-masa akan datang kerana tiada kekecohannya berlaku. Para penyokong Umno dan Pas boleh berkumpul bersama di satu tempat dan tiada berlaku provokasi yang mana boleh menimbulkan kekecohan.
Ini telah diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mana beliau menganggap ianya adalah PRK yang paling bersih dan bersopan walaupun ada terdapat sedikit salah faham di antara penyokong Pas dan pengawai-pegawai SPR. Kesimpulannya, apa yang di suarakan oleh pakar-pakar politik tanah air itu eloklah UMNO dan Pas membuat kajian yang serius demi untuk masa depat orang-orang melayu Islam di negara ini kerana dah tibanya masanya UMNO dan Pas duduk semaja dan bergabung. Lupakan kisah-kisah lama. Bak kata perpatah melayu, "buang yang keruh ambil yang jernih". Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama bangsa, agama dan serumpun, rumpun melayu yang harus disatukan. Apabila kita sesama melayu bergabung, bersatu, barulah bangsa lain rasa takut, segan dan menghormati kita kelak.
Maka, mari kita sama-sama fikirkan. Kepada pemimpin-pemimpin atasan UMNO dan Pas, berfikirlah secara rasional, waras dan serius. Jika ianya tidak dapat dilaksanakan di masa yang terdekat ini, IBM percaya kita orang-orang melayu akan ditindas dan percayalah kita akan menjadi hamba dan akan mengemis di negara kita sendiri. Kalau tidak sekarang, bila lagi?? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Dalam lagu WARISAN berbunyi... Ank kecil main API,terbakar jiwa nya sepi,air mata darah,bercampur keringat,bumi di pijak milik org........
ReplyDeleteSalam yohaines,
DeleteKalau melayu tidak bersatu, kemungkinan apa yang ada didalam senikata lagu WARISAN itu mungkin boleh jadi
kenyataan.......bumi Malaysia ini akan jadi milik orang......bangkitlah wahai bangsa ku!!
Salam.
ReplyDeleteAku dan mungkin ramai teman seAgama dan seBangsa amat bersetuju dengan lontaran di atas.
Tiada ada usaha dan cara yang lebih baik untuk mempastikan kelangsungan survival Islam dan Melayu di tanah air bertuah ini, melainkan dengan mengenepikan fahaman politik keterlaluan, dan kembali bersatu , kerana sudah nyata sekarang siapa musuh kita sebenar.
Yang penting semua pemimpin Islam dan Melayu kena mula dulu. Rakyat Melayu dan Islam insya Allah akan ikut dan patuh. Sejarah telah mengajar kita.
Mulalah dari sekarang.
Hidup Melayu, Majulah Islam.
Salam Hamdan,
DeleteMemang tepat sekali apa yang saudara katakan. Jangan tunggu lagi....kita umat Islam sudah tahu siapa sebenarnya musuh kita sebenarnya...ayuh bangsa ku...bangkitlah!!