

Selain itu Nik Abduh cuba mengingatkan kerajaan supaya melaksanakan dasar belia dengan cara sentiasa mencabar mereka melakukan perkara-perkara yang berani selari dengan Islam. Bagi beliau dan pembangkang sentiasa bersedia bekerjasama dalam memastikan program perkembangan belia dilaksanakan menurut agama tersebut. IBM harap kenyataan atau ucapan Nik Abduh tersebut dapat menyedarkan ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang mana ingin memgamalkan amalan -amalan tersebut sekiranya mereka (pembangkang) menerajui negara ini. Anwar memang tidak boleh menyangkal apa yang diperkatakan oleh Nik Abduh. Memang itu yang beliau mahu.
Maka, elok benarlah kerajaan mengambil inisiatif bagi memastikan amalan karut ini tidak berleluasa dan mengambil tindak tegas dan tidak tunduk kepada desakan daripada mana-mana pihak seperti yang dinyatakan oleh Nik Abduh tadi. tidak daripada Anwar dan tidak dari siapa-siapa. Biarlah selepas ini Anwar meraung, meroyan. Kerajaan tetap berpendirin teguh kerana ini melibatkan maruah negara dan moral rakyat negara ini sendiri. Kenyataan Nik Abduh itu walaupun beliau dari parti pembangkang, tapi, harus diterima pakai demi untuk menjaga dan menyelamatkan maruah agama Islam itu sendiri.
Walauapa pun, setiap perkara baik yang ingin kita laksanakan sudah tentu ada yang menentang. Biasalah. Bukan senang bagi kerajaan hendak memuaskan hati semua rakyatnya atau mengikutkan kehendak mereka. Kerajaan akan memilih atau mempastikan hanya yang terbaik sahaja untuk rakyat akan dilakasnakan. bukan seperti si ketua pembangkang. Yang penting dirinya, keluarga dan kuncu-kuncunya. Yang lain, persetankan. Simpang malaikat 44, dia tidak menjadi Perdana Menteri kita. Hancus kita dan negara dibuatnya. fikir-fikirkan dan RENUNG-RENUNGKAN ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA