Monday, July 1, 2013

PEMBANGKANG 'ANGKUH HATI' LEBIH BAHAYA DARI 'BUSUK HATI' KATA TENGKU NAN

ISNIN, 01 JULY 2013

PEMBANGKANG SENGAJA NAK CARI PASAL DENGAN SPR. SIAL PUNYA PEMBANGKANG


EKORAN tidak puas hati dan dendam pembangkang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang penggunaan 'dakwat kekal' semasa PRU ke-13 lalu, menjurus kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap SPR. Dalam kemelut ini, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) menyalahkan sikap "angkuh hati" pembangkang sebagai punca Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu melibatkan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya  umum ke-13 yang lalu. Semalam Mengikut sebuah agensi berita melaporkan agensi pencegah rasuah itu telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, bagi melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh SPR.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut. Ini terserah kepada SPRM lah… ini macam-macam tohmahan dibuat. Kadang kala persepsi… persepsi-persepsi yang dilakukan oleh puak yang barangkali terlebih 'angkuh hati', kata Menteri Wilayah Persekutuan itu. Setiausaha agung Umno tersebut berkata sikap "angkuh hati" lebih merbahaya daripada "busuk hati" kerana mengganggap sikap tersebut akan menyebabkan seseorang melakukan perkara yang tidak boleh diterima akal.
Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan. SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal. Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.
Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi  sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.
Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis. Nampaknya pembangkang sengaja ingin mencemarkan nama baik SPR dan selagi pemintaan mereka tidak tertunai iaitu mendesak seluruh anggota SPR meletakkan jawatan, selagi itulah mereka (pembangkang) akan mencari jalan dan membesarkan perkara ini dari masa ke-masa.
Memang sial pembangkang ni.  Betul kata Tengku Adnan tu. Pembangkang memang 'angkuh hati' dan lebih dahsyat dari 'busuk hati'. Apapun, IBM harap Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz tidak gentar dan tunduk kepada ugutan pembangkang. biarkan SPRM siasat. Jika tak bersalah apa yang nak ditakutkan. Setelah selesai siasatan oleh SPRM dan didapati tidak betul, apa lagi tunggu. Ayuh SPR, saman je pembangkang ni biar dia orang mampus dan berambus dari bumi Malaysia ini. Masa kecil dulu tak mahu pulak mampus, bila besar menyusahkan orang ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...