Tuesday, July 16, 2013

PAKATAN BUAT LAWAK BODOH. ARAH MAHKAMAH BATALKAN PRU-13?. SAH PR PARTI 'PENIPU RAKYAT'!!

SELASA, 16 JULAI 2013

NAK katakan gila tidak juga pada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ni. Tapi, tingkah laku mereka memang macam orang gila. Gila talak dan bermacam-macam gila. Masih tak puas hati dengan keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 lalu dan gagal merampas Putrajaya, mereka menghala pula ke Mahkamah mengharap belas kesihan dari mahkamah. Memang kerja gila.

Perkhabaran terbaru dari akhbar mereka, akhbar penfitnah, Pakatan Rakyat (PR) memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepi keseluruhan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) membabitkan 222 kerusi Parlimen dan pemilihan baru dijalankan semula. Ia dikemudakan ketiga-tiga parti gabungan Pakatan Rakyat, PKR, PAS, DAP selain lima pemimpin pembangkang, Datuk Saifuddin Nasution, Dzulkefly Ahmad, M Manogaran, Arifin Rahman and R Rajoo selaku plantif.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bersama lima anggota suruhanjaya itu pula dinamakan sebagai defendan. Lima anggota itu ialah Datuk Mohamad Ramji Ali, Datuk Dr P Manogran, Datuk Christopher Wan Soo Kee, Datuk Md Yusop Mansorn dan Abdul Aziz Khalidin. Ia dibuat berikutan SPR didakwa mengendalikan proses pilihan raya ke-13 (PRU13) secara adil terutama aspek penggunaan dakwat kekal hingga membawa kepada penipuan besar-besaran.

Dakwaan penipuan itu sekaligus meranap integriti PRU13 dan menyebabkan gabungan parti pembangkang terlepas peluang untuk membentuk kerajaan persekutuan. Tindakan yang belum pernah berlaku dalam Malaysia, mungkin juga pertama kali di negara Komanwel.  15 Julai, 2013. Itulah wajah sebenar pembangkang yang cakap tidak serupa bikin. IBM masih ingat dan rakan-rakan pembaca semua masih ingat dan ada baca akan kenyataan ketua pembaangkang, Anwar Ibrahim yang menyatakan, mereka (pakatan rakyat) akan akur dengan apa jua keputusan di dalam PRU ke-13 nanti dan beliau sendiri akan bersara dari arena politik untuk kembali menjadi pensyarah iaitu profesyen beliau yang sebenanrnya. 

Tapi, apa kita dapat lihat, kelain pulak jadinya. Pembangkang menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di atas kekalahan mereka. Mereka menuduh SPR tidak telus, kotor dan penipu. Maka, mereka memulakan demonstrasi jalanan seperti Blackout 505 dan bermacam-macam lagi demo yang mereka lakukan. Kesimpulannya sekarang, IBM ingin bertanya kepada pembangkang, siapa mereka dan atas kuasa apa mereka memohon kepad Mahkamah untuk membatalkan keputusan PRU-13 tersebut. Apa mereka ingat mahkamah di negara kita ini tiada maruah?. Apa yang IBM nak cadangkan kepda pembangkang, kalau betullah PRU-13 yang lalu penuh dengan penipuan, SPR tidak telus dan pro kepada Barisan Nasional (BN), tolong buktikan dulu.

Atau, pakatan rakyat secara gentelmen mengarahkan semua wakil rakyatnya yang menang atau semua kerusi yang mereka menangi semasa PRU-13 lalu di kosongkan. Adakan sekali lagi Pilihan raya kecil (PRK). Ada berani ke? Tapi, yang hairannya tu, dalam tidak percaya kepada keputusan SPR, kenapa pulak puak-puak pakatan haram ni mengangkat sumpah di Parlimen?....termasuklah ketua pembangkangnya, Anwar Ibrahim atau sesumpah yang cakap tak serupa bikin dan menyusahkan rakyat dan negara. Cita-citannya masih lagi nak menjadi Perdana Menteri. Sudah kalah tu kalah lah. Lain kali je lah.  Akhir kata, jom kita tolak Pakatan Rakyat parti 'penipu rakyat'. Memang menyusahkan. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...