Tuesday, July 23, 2013

NAK TAHU SIAPA LELAKI PALING TUA DI DUNIA??

SELASA, 23 JULAI 2013
BAGI IBM tak hairan dan terkejut apabila membaca disebuah akhbar tempatan semalam bahawa  terdapat seorang lelaki di India mendakwa dirinya individu tertua di dunia pada usia 141 tahun. Menurut laporan sebuah majalah India semalam, seorang lelaki India bapa kepada 10 orang anak, Feroz-ud-Din Mir yang tinggal di daerah Uri, utara Kashmir hidup lebih lama berbanding empat orang isterinya. Itu kuasa tuhan. 
Menurut laporan tersebut, Mir memiliki sijil kelahiran yang menunjukkan dia lahir pada 10 Mac, 1872. Jika maklumat tersebut sahih, isterinya sekarang, Misra adalah 60 tahun lebih muda daripada dirinya. Mir yang pernah bekerja sebagai peniaga buah dan kekacang juga 27 tahun lebih tua berbanding individu tertua dunia sekarang, Misao Okawa. Menurut Guinness World Records, wanita Jepun itu berusia 115 tahun. 
Bilalah agaknya di Malaysia ini dapat di kesan manusia yang paling tua di dunia? agak-agak pembaca semua, ada tak?. Bagi IBM tak mustahil. Usia seseorang itu samada lelaki atau perempuan adalah kententua dari Allah swt. Dialah yang menentukan samaada usia seseorang manusia itu boleh menjangkau lebih dari usia manusia biasa. Allah maha besar. WA. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...