Sunday, July 7, 2013

PAK LAH TAK SIHAT. ADA KAT IJN.....!!

AHAD, 07 JULY 2013
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,74, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan kerana radang di bahagian kaki yang dialaminya, kata pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua. Beliau berkata Abdullah, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lah, berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi merawat cellulitis, keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.
Mengikut sumber, selepas menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan dan kini Abdullah sedang berehat. Jurucakap dari IJN berkata, Pak Lah dirawat di IJN bukan disebabkan oleh penyakit lain. Dalam istilah kesihatan, beliau kini sedang pulih dengan baik dan mengikut kata pegawai khas Pak Lah,Teoh mengakui bekas Perdana Menteri itu dirawat di IJN kerana pakar perubatan yang biasa merawatnya berada di sana, katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau telah bercakap dengan Abdullah selepas dimaklumkan beliau tidak sihat. Menurutnya, beliau dapat bercakap dengan Pak Lah menerusi telefon (dan) kini berada di IJN. Beliau tidak sihat (dan) marilah kita sama-sama berdoa beliau cepat sembuh, tulisnya di akaun twitter milik beliau. Rajin Tengku Nan ni menulis di twitternya. Ini baru Menteri serba boleh.  Apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah@Pak Lah cepat sembuh dan aktif seperti biasa dan dapat menjalankan ibadah puasa yang bebrapa hari sahaja lagi akan menjelang.
Selamat menyambut Bulan Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua para pembaca yang beragama Islam. IBM doa kan agar kalian semua sihat moga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun yang sudah dan moga diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Amin! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...