

Seperti biasa bila adanya pertandingan mesti ada perpecahan, sedikit sebanyak mesti goyang, itu berlaku di setiap pertandingan, mana ada pertandingan yang tidak akan berpecah. Kalau kata dia bukan bekas Puteri pun akan ada pepecahan, seperti sebelum ini pertandingan di antara Rafidah dengan Shahrizat juga berpecah. Ketua Wanita UMNO, Datuk Shahrizat Jalil semalam mengesahkan bakal mempertahan jawatan tersebut selepas menewaskan Rafidah Aziz pada 2009. Manakala Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said juga sudah menyatakan minat untuk mencabar Shahrizat.
Bagaimanapun, Shahrizat mengingatkan calon yang berminat bertanding merebut kedudukannya sebagai Ketua Wanita Umno kini supaya bertanding secara sihat tanpa membawa elemen perpecahan dalam parti itu. Menyedari perkara seumpama itu bakal berlaku, Radziah tetap berharap para perwakilan meneruskan tanggungjawab bersama-sama pemimpin yang dipilih sebagai Ketua Wanita Umno kelak. Masa pemilihan kita boleh memilih, tetapi selepas itu kita kerja atas parti takut ada sikap-sikap di mana bila menyokong calon kemudiannya kalah, dia tidur (tidak buat kerja). Tidak boleh begitu, tambahnya.
Radziah dalam pada itu berseloroh bahawa Shahrizat masih relevan untuk kekal menjadi ketua berdasarkan prestasinya memimpin Wanita Umno. Tapi pada pandangan beliau Datuk Shahrizat masih relevan lagi untuk kekal sebagai ketua Wanita Umno, katanya lagi. Apapun kita harap pemilhan Ketua Wanita pada kali ini biarlah berjalan dengan bersih, kalau ada perpecahaan pun, selepas siapa yang menang tu, kembalilah bercantum dengan yang kalah. Insyallah, wanita akan lebih kuat dan digeruni oleh parti lawan. Adat pertandingan mesti ada yang menang dan kalah. Betul tak? Ikhlas dari saya ~ IBM.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAda produk atau barangan untuk dijual?
Ada perniagaan atau perkhidmatan untuk dihebahkan?
Ingin membeli atau melihat pelbagai jenis produk dan barangan
Layarilah www.produkmuslim.info
Daftar segera ia percuma
Terima kasih