
Menurut Tian Chua, kononnya beliau sedang mempertimbangkannya kerana beliau bukanlah merupakan seorang yang gilakan jawatan, tapi, ingin berkhidmat kepada parti dan ini adalah sebahagian daripada demokrasi. Bagaimanapun, tumpuan kini adalah untuk membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya kecil Kajang, kata ahli politik berusia 50 tahun itu. Seperti yang kita ketahui, penyandang jawatan tyersebut, Azmin Ali telah mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan itu manakala Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menawarkan diri sebagai calon. Hebat-hebat. Maka, dari 2 calon menjadi 3 calon. Pertandingan ini IBM jangka akan menjadi hangat dan hebat. Kita sebagai pembangkang di negeri Selangor ni, tunggu dan lihat sapa yang kena nanti.
Tapi, apa yang penting, kita parti Barisan Nasional (BN) mesti menang pada PRK DUN Kajng pada 23 March ini. Dan kita semua ambil kesempatan daripada kemelut dalam PKR yang kini kian merunching. Walaupun kita ni 'underdog', tapi tak mustahil kita boleh menang dan tewaskan Anwar Brahim nanti. Jawapannya ada di tangan para pengundi di Kajang. Tak sabar nak tengok kapal PKR tenggelam. Hope for the best. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"