SELASA, 11 MARCH 2014
KARPAL SINGH AKAN BUAT RAYUAN
Karpal Singh dikerumuni para penyokongnya diluar Mahkamah
Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini dijatuhkan hukuman denda RM4,000 dan bakal kehilangan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lepas. Karpal yang berkerusi roda adalah pemimpin tertinggi kedua Pakatan Rakyat (PR) yang dijatuhkan hukuman minggu ini selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah Jumaat lalu kerana meliwat. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, wakil rakyat boleh kehilangan kerusinya jika didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.
Ketika proses rayuan pagi tadi, peguam beliau, Gobind Singh memohon agar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau kerana kesihatan serta kedudukannya sebagai ahli Parlimen. Peguam Gobind Singh berkata, jika beliau dijatuhkan hukuman penjara dan denda melebih RM2,000, Karpal akan kehilangan haknya sebagai ahli Parlimen. Sehubungan itu beliau mencadangkan Mahkamah menjatuhkan hukuman denda di bawah RM2,000. Namun begitu Timbalan pendakwaraya Noorin Badaruddin berkata, hukuman yang menjadi pengajaran termasuk penjara perlu dikenakan.


Bagi beliau, walaupun Karpal berpengalaman lebih 45 tahun sebagai peguam, ia bukan isu. Sebagai ahli Parlimen, beliau perlu menunjukkan contoh yang baik. Pemimpin PR memenuhi ruang Mahkamah hari ini sambil menunggu keputusan hukuman dijatuhkan Mahkamah. Antaranya penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir memberikan sokongan moral kepada Karpal. Mungkinkah, akan ada satu lagi demonstarsi jalanan memprotes akan keputusan Mahkamah kerana mendenda Karpal Singh sehingga beliau hilang kehilangan kerusi Bukit Gelugor? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"