KHAMIS, 27 MARCH 2014

Penerbangan ke Beijing itu seharusnya mendarat di Beijing pada 6:30 pada hari yang sama. Usaha mencari pesawat tersebut disertai pelbagai negara menggunakan pelbagai aset ketenteraan meliputi kawasan radius penerbangan sekitar Kazakhstan dan Turkeminestan sehingga ke bahagian utara Thailand ke Selatan Lautan Hindi. Operasi kini tertumpu di Selatan Lautan Hindi , barat Perth, Australia selepas Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan objek yang terapung di Lautan Hindi dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Moga dengan bacaan tahlil yang kita semua lakukan sampai kepada mereka-mereka yang sudah tiada lagi dan menenangkan lagi mereka di dunia fana bertemu dengan penciptanya, Allah SWT. Kepada mangsa lain yang bukan beragama Islam, harap keluarga mereka dapat mengerjakan upacara sembahyang mengikut kepercayaan agama masing-masing. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"