
Jelas sekali permainan 'gila kuasa' Anwar dilihat sejak beliau keluar penjara pada 2004 apabila meminta isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk beliau bertanding. Didalam majlis itu juga, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan persekutuan bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor. Khalid (Menteri Besar) sedar masalah air di Lembah Klang telah memberi kesan kepada rakyat tidak seperti segelintir pemimpin pembangkang yang hanya memikirkan mengenai politik, katanya.
Melalui MoU dimeterai 26 Februari lepas, kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU ditandatangani. Kerajaan pusat pula bersedia menyuntik dana tambahan RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah Syarikat milik kerajaan negeri.
Untuk menyelamatkan Selangor daripada Anwar yang gila kuasa, dan supaya rakyat tidak ditipu lagi, jom kita ramai-ramai serang Kajang, bantu calon BN untuk memenangi PRK DUN Kajang pada 23 March ini. Katakan tidak pada Anwar Brahim dan kita TIBAI dia kaw-kaw. Wasalam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"