DARI PARLIMEN
Pakatan pembangkang ditempelak kerana mengamalkan 'Politik Tin Kosong' berikutan sikap mereka yang hanya tahu mencemuh dan mengkritik pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu mengurangkan kos sara hidup yang ditanggung rakyat. Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata, pada masa sama, pakatan pembangkang tidak pernah memberi walau satu idea pun untuk menjayakan matlamat tersebut. Menurut beliau, pakatan pembangkang lebih cenderung melihat sesuatu isu dari sudut politik dan bukannya mahu bersama-sama rakyat menangani masalah yang berlaku. Apakah yang dilakukan oleh pakatan pembangkang di negeri-negeri yang mereka kuasai seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan bagi mengurangkan beban rakyat?

Ketika pakatan pembangkang dilihat lebih selesa untuk mempolitikkan isu ini, kerajaan telah menggerakkan semua kementerian terlibat bagi menangani permasalahan ini, jelasnya. Ikmal memberitahu, langkah kerajaan paling signifikan ialah dengan menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani kos sara hidup yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Januari lalu. Beliau berkata, langkah-langkah lain termasuk menangguhkan kenaikan kadar tol, mengawal kenaikan harga barang, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan program MyHome.
Dalam pada itu, Ikmal menyarankan Kementerian Dalam Negeri mengkaji mewujudkan undang-undang lebih tegas bagi menangani perbuatan biadab yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama menerusi media sosial. Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan tidak perlu bimbang dengan kecaman yang bakal diterima jika bertujuan membawa kebaikan kepada negara, ujarnya. Perbuatan menghina, mencela dan memperlekehkan agama lain bukanlah hak asasi tetapi boleh mengundang malapetaka kepada negara, ujarnya.
P/S ~ Dah le tin kosong, tak ada harga langsung. Maka, sebab itulah pembangkang di lihat seperti tiada ada harga diri. Berpolitik tanpa henti, rakyat diabaikan. Inikah yang dikatakan pembela rakyat? Fikir-fikirkan demi untuk masa depan negara dan anak cucu-cicit kita dan juga bangsa. Wasallam ~ IBM
P/S ~ Dah le tin kosong, tak ada harga langsung. Maka, sebab itulah pembangkang di lihat seperti tiada ada harga diri. Berpolitik tanpa henti, rakyat diabaikan. Inikah yang dikatakan pembela rakyat? Fikir-fikirkan demi untuk masa depan negara dan anak cucu-cicit kita dan juga bangsa. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"