SHAH ALAM: Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berkata siasatan sedang digerakkan ke perairan Vietnam bagi mengenal pasti tumpahan minyak itu adalah milik pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi semalam. Melalui sidang media sebentar tadi, beliau memberitahu usaha itu dilakukan oleh pasukan tentera udara Vietnam.

Kenyataan itu berkata, tumpahan itu dilihat seperti yang ditinggalkan oleh bahan api daripada pesawat yang terhempas. Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi. Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.
P/S ~ Harap-harap tumpuhan minyak tersebut bukannya milik pesawat MH370. Sekali lagi IBM menyeru kepada semua untuk mendoakan akan keselamatan penumpang2 yang terbabit. Insyallah. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"