
Jika Projek Langat 2 dahulu diikuti, sudah tentu masalah bekalan air seperti ini tidak berlaku sekarang. Kerajaan Persekutuan telah membuat pelbagai kajian dan mendapati Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bakal menghadapi krisis air pada tahun 2014.
Namun semua itu dikatakan fitnah jahat dan pembohongan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat. Kononnya kerajaan persekutuan amat cemburu dengan 'kejayaan' pihak Pakatan Rakyat memimpin negeri yang maju. Maju dalam erti kata mereka cuma menikmati segala peninggalan kerajaan BN terdahulu.
.jpg)
Namun kuasa Allah lebih hebat, perbuatan manusia bejat menyebabkan rakyatnya melarat. Terkulat-kulat mengangkut baldi sampai penat, semuanya gara-gara empangan kering akibat musim kemarau panas.
Mujurlah Allah memberikan hidayahnya kepada Menteri Besar untuk cepat sedar akan kepentingan projek Langat 2. Namun rakyat terpaksa menunggu 3 tahun lagi bagi merasai titisan pertama air dari Pahang yang disalurkan ke Selangor menerusi projek mega tersebut.
Nasiblah kita, pemimpin itu kini sibuk nak merebut jawatan lagi. Rakyat yang terus gigit jari....alahai. ~ Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"