
Kini muncul semula pertikaian terhadap PKR dan Anwar Ibrahim. Kali ini lebih besar kerana ia membabitkan tindakan strategik banyak negara selain keselamatan dan nyawa manusia. Sebarang kesilapan akan menyebabkan banyak negara terutama sekali China dan Amerika Syarikat memulakan peperangan besar yang sudah tentu Malaysia juga akan terlibat selain Russia dan Amerika Syarikat serta Ukraine. Sehingga setakat artikel ini ditulis, nasib pesawat, anak-anak kapal serta penumpang masih belum diketahui. Tidak ada sebarang tuntutan, tidak ada sebarang kumpulan yang mengaku bertanggungjawab, tidak diketahui di mana pesawat itu berada dan tidak ada teknologi yang dapat menemukan pesawat malang itu. Pihak berkuasa bagaimanapun, sudah menukar status pesawat tersebut daripada kemalangan kepada perampasan. Siasatan yang dijalankan sekarang adalah di bawah skop jenayah. Kaitan yang cuba dibuat oleh media-media Barat itu dengan PKR dan khususnya Anwar Ibrahim bukan sesuatu yang kecil. Kalaulah media-media berkenaan berada di Malaysia, barangkali sudah bersusun berbaris peguam yang Anwar Ibrahim aturkan untuk menyaman.
Namun apa yang Anwar Ibrahim mampu lakukan sekarang hanyalah, membuat penafian dan menyifatkan laporan tersebut sebagai tidak tepat, berniat jahat dan menfitnahnya serta parti yang dia sendiri adalah teraju utamanya. Tidak pula Anwar Ibrahim berani menyatakan bahawa media-media terbabit telah dibeli oleh UMNO-BN sebagaimana dalam banyak kes sebelum ini, semuanya dihalakan kepada UMNO-BN. Sudah ada yang bertanya, tidakkah Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakan saman terhadap media-media tersebut yang jauh lebih besar capaian dan pengaruhnya di dunia berbanding Utusan Malaysia, TV3, Berita Harian dan NSTP? Ramai juga yang menanti-nantikan apakah Anwar Ibrahim akan menggunakan segala hubungannya di Barat untuk mengenakan media-media tersebut agar menjaga susila serta adab sopan apabila berbicara tentangnya?
Setakat ini, tidak ada sebarang langkah yang akan diambil terhadap media-media tersebut. Sebaliknya Anwar hanya terus menyalak dan menyalak menyalahkan segala sistem dan para pemimpin UMNO-BN dengan harapan dia tidak akan terus dipersalahkan dan dikaitkan dengan kehilangan pesawat berkenaan. Taktik sebegitu barangkali sudah tidak kena lagi dan tidak lagi dapat diterima. Sudah terlalu acap Anwar Ibrahim menggunakan taktik murahan itu. Bahkan sudah terlalu acap juga, dia terkantoi dan kemudian cuba mengalihkan isu dengan isu-isu baru yang adakalanya terpaksa dicipta untuk tujuan sensasi. Apakah Anwar Ibrahim yang sedang menggeletar ketakutan, akan bersuara, atau menyalak garang di dalam negara tetapi tidak lagi berani untuk keluar dari sempadan negara? Kita sama-sama tunggu! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"