Sunday, March 9, 2014

KEHILANGAN PESAWAT MH370 : MASIH TIADA PETUNJUK BARU

AHAD, 09 MARCH 2014
Operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 masih belum menjumpai sebarang petunjuk setakat pukul 7 pagi Ahad. Operasi yang dilakukan pada malam Sabtu akan diteruskan," kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA), Datuk Azaharuddin Abdul Rahman.

Beberapa media melaporkan mengenai penemuan tumpahan minyak di laut dipercayai daripada pesawat tersebut yang mungkin terhempas di Laut China Selatan, tetapi Azharuddin menegaskan laporan tersebut belum disahkan.
"Setakat ini, kami masih belum menemui sebarang petunjuk bahari di Laut China Selatan, lokasi terakhir pesawat tersebut dilaporkan hilang," katanya. Satu lagi sidang media berhubung perkembangan terkini misteri kehilangan pesawat MH370 dijadualkan pada 11 pagi.
P/S ~ Teruskan berdoa agar semua penumpang MH370 selamat. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...