
Bukan setakat itu sahaja, malah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut mendesak Khalid Ibrahim agar menangguhkan terlebih dahulu MoU tersebut termasuk persetujuan meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2 bagi memberikan penjelasan terperinci kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. Katanya ianya harus diberi penjelasan terperinci tentang kesan pada Selangor, soal tarif, beberapa aspek perjanjian sebelum menandatangani apa-apa perjanjian. Seterusnya mesti ada wakil daripada Pakatan untuk memaklumkan (Khalid) supaya tidak tergesa-gesa kerana perjanjian itu mempunyai impak besar kepada negeri (Selangor), katanya kepada pemberita di sini petang semalam. Beliau menambah, adalah penting untuk mengambil kira semua faktor termasuk daripada segi perundangan sebelum sebarang perkara diputuskan dalam MoU itu.
Kerjasama MoU antara lain telah menetapkan syarat yang membolehkan pelaksanaan projek rawatan air Langat 2 dan pengambilalihan aset air oleh kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan turut bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya empat syarikat konsesi air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash) kepada Kerajaan Negeri dengan bayaran pampasan RM9.65 bilion. Majlis menandatangani perjanjian itu oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Khalid Ibrahim telah disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apapun, berita terkini yang IBM dapat, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap mempertahankan MoU tersebut dan ianya diteruskan demi untuk kebaikan rakyat. Biarpun mendapat tentangan dari Nuar Brahim dan dari pemimpin-pemimpin PKR yang lain. Nampaknya, elok juga kemelut dalam PKR ini berterusan yang mana boleh menjurus kepada perpecahan parti. Maka yang untung parti lain. Juga ianya juga dilihat boleh menjejaskan sedikit maruah PKR dalam PRK di DUN kajang pada 23 March ini. Itu hanya pandangan peribadi IBM sahaja, jangan ambil kira kerana untuk menang di Kajang nanti, usaha dan kerja kuat, itu yang penting. Boleh ke BN menang di Kajang nanti? Insyallah.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"