Wednesday, July 23, 2014

ADA TELO KE TAK ADA TELO PAS NI?

RABU, 23 JULAI 2014

LAGI AL-KISAH KEMELUT DALAMAN PAKATAN..
HAIRAN dengan sikap PAS ni. Dulu, kini dan selamanya tidak menunjukkan bahawa mereka mempunyai suara dan berani bersuara di dalam kemnya, Pakatan. Dalam isu MB Selangor ni, selama ini PAS hanya diam membisu. Kenapa PAS tiba-tiba je nak mengumumkan keputusan dan pendirian mereka berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor dalam satu sidang media di Parlimen pada hari ini? Bila ditanya oleh pemberita,  jawap Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali, ringkas je. Tunggu esok (hari ini). Siol je orang tua ni.

Kita difahamkan bahawa hari ini sidang tergempar bagi membahaskan usul khusus mengenai insiden MH17 di Parlimen dan dikatakan Pakatan Rakyat memandai-mandai pulak untuk mengumumkan keputusan berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor di sana. Nak cari nama le tu. Mesyuarat PAS malam tadi  dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, demikian menurut sumber parti. Patut le tiada keputusan dibuat. Al-maklumlah Mat Sabu ni pro Anwar. Back-up Anwar gila-gila.

Kelmarin, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR yang dipengerusikan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Perbincangan yang memakan masa tiga jam itu antara lainnya akan mengemukakan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) sebelum diajukan untuk perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Alahai, itu baru cadangan. Belum lagi dapat pekenan dari Duli Sultan Selangor. Lagi dari sumber yang IBM dapat semalam, pihak Istana tidak berapa setuju sekiranya Kak Wan Jijah di lantik jadi MB Selangor. IBM yakin sumber ini boleh diterima pakai. Masak le korang PKR. Menanggis tak berlagu le korang jika Duli Tuanku tolak. Sekiranya ianya menjadi realiti, jelas, Duli Tuanku pun dah tahu bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah Parti Kelentung Rakyat. PAS pula tak ada telo. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...