Friday, July 25, 2014

LIVERPOOL MAHU SEKAT UNITED DAPATKAN VIDAL, TAWAR 42.5 JUTA POUND

JUMAAT, 25 JULAI 2014

SEMBANG-SEMBANG BOLA..
LIVERPOOL berharap untuk menyekat langkah Manchester United bagi mendapatkan bintang Juventus, Arturo Vidal dengan tawaran £42.5 juta  mereka untuk pemain tersebut. United telah menjadikan Vidal sebagai sasaran utama pemindahan dan laporan hari ini mencadangkan bahawa kelab itu yakin mampu mendapatkan khidmat pemain itu dengan tawaran mega. Walau bagaimanapun, media di Chile kini melaporkan bahawa Liverpool juga tegas memasuki perlumbaan untuk mendapatkan pemain itu dan bersedia untuk membuat tawaran bernilai £42.5 juta.

El Mercurio berkata Real Madrid juga berkira-kira untuk mendapatkan pemain itu tetapi tidak mempunyai dana untuk membuat perjanjian, menyebabkan hanya Liverpool dan United bersaing untuk mendapatkan pemain itu. The Reds dilihat mempunyai kelebihan yang ditawarkan dalam bola sepak Liga Juara-Juara. Harap-harap ianya berjaya membawa Vidal ke Anfield seterusnya menyarung jesi The Reds, apatah lagi Liverpool akan bermain di Liga Eropah, iaitu Liga Juara-Juara. Selamat maju jaya The Reds - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...