Wednesday, July 23, 2014

KHALID GAGAP INGATKAN PKR SUPAYA IKUT UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI, BUKAN MAIN HENTAM GEROMO JE!!

RABU, 23 JULAI 2014

KEMELUT DALAMAN "PARTI KELENTUNG RAKYAT" (PKR)..
EKORAN PKR menamakan Kak Wan Jijah sebagai calon Menteri Besar yang beru semalam, Menteri Besar Selangor Khalid gagap menjawa. Beliau menghormati keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencalonkan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Mengikut  Khalid  beliau berpegang teguh kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar. 

Dan, beliau percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan. Mengikutnya, sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, Khalid akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih beliau melalui proses pemilihan yang sah, katanya. 

P/S ~ Naik muaklah. Bila le kemelut PKR Selangor ini akan berakhir? Masing-masing keras-kepala dan tak mahu mengaku kalah. Kalau ianya berterusan, lingkup Selangor ni. Pelabur-pelabur akan lari, maka incame kerajaan negeri akan terjejas. Lebih baik korang buburkan DUN Selangor ini. Adakah PRU yang baru. Selesai masalah. Rakyat tak pening, biar mereka (rakyat) tentukan siapa yang mereka nak untuk memerintah Selangor. Hehehe..cadangan je. Wasallam ~ IBM 
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...