Monday, July 21, 2014

BETUL KE PUTIN AKAN BANTU KELUARKAN MAYAT DAN KOTAK HITAM MH17?

ISNIN, 21 JULAI 2014

LAGI BERITA NAHAS MH17..

BOLEH percaya ke Presiden Russia ni? Sumber mengatakan bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat mangsa dan kotak hitam pesawat malang MH17  yang terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine. Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD. tapi, bagaimana kalau ianya hanya janji, apa tindakan Belanda dan dunia?

Mengikut sumber lagi, selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam dan Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk kedua-dua perkara itu, kata jurucakap itu. Sebahagian daripada 298 orang dalam pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dikatakan ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.

Buat masa ini kira-kira 200 mayat diambil dari tempat kejadian di timur Ukraine dan dibawa dalam kereta api sejuk tidak jauh dari situ, menjelang ketibaan penyiasat antarabangsa. Pemberontak Ukraine berkata mereka mempunyai kotak hitam itu, yang penting bagi siasatan. Apa lagi selepas ini? Russia lepas tangan? Sama-sama kita tunggu apa reaksi dan respon dari pemimpin-pemimpin dunia yang lain. Kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa MH17 yang beragama Islam, moga roh mereka tenang disana. Amin! Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...