Saturday, July 19, 2014

BAGASI MANGSA MH17 DIDAKWA DIGELADAH, BARANGAN HABIS DICURI

SABTU, 19 JULAI 2014

LAGI KESAH TRAGEDI MH17..
TIDAK  berperikemanusian dan kejam. Itulah yang dapat dilabelkan terhadap pihak yang bertanggungjawab menggeledah bagasi mangsa MH17 untuk mencuri. USA Today melaporkan, saksi yang berada di lokasi nahas memberitahu kebanyakkan bagasi milik mangsa telah ditarik keluar dari kawasan yang terbakar untuk digeledah. Berikutan itu, kebanyakkan barangan milik mangsa kelihatan berselerak di samping mayat selepas sebahagiannya dicuri.

Dailymail melaporkan, kekurangan anggota keselamatan telah memberi ruang kepada pencuri untuk mendapatkan barangan berharga dari lokasi tersebut. Penerbangan MH17 Dari Amstersdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di timur Ukraine dan mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. Puak pemisah pro-Rusia didakwa bertanggungjawab terhadap insiden tembakan berkenaan. Tak tahu apa nak tulis lagi. Amat menyanyatkan hati kita semua. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...