Tuesday, July 22, 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR : BN SELANGOR TUNGGU DAN LIHAT

SELASA, 22 JULAI 2014

KEMELUT DALAMAN PAKATAN BERTERUSAN..
Umno-Barisan Nasional (BN) Selangor mengambil pendekatan tunggu dan lihat, selain bersiap sedia dengan strategi bagi menghadapi apa saja kemungkinan berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor. Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz (gambar kanan) berkata rakyat kini sedang memerhati dan menilai sikap sebenar Pakatan Rakyat Selangor yang kini saling bertelingkah sesama mereka, hanya kerana satu jawatan. Terserah kepada mereka.. Mereka lebih dua pertiga, jadi maknanya apa yang mereka nak olah, kita BN perhati dan lihat dulu. Kalau mungkin ada kejutan, kita buat persediaan, katanya. 
 
Namun kata ADUN Semenyih ini, BN enggan campur tangan dalam konflik yang membabitkan ketiga-tiga komponen Pakatan Rakyat di negeri itu. Sebaliknya, BN kini fokus kepada kerja-kerja berkhidmat kepada rakyat dan tidak terlalu 'berpolitik' sehingga menjejaskan kebajikan penyokong-penyokongnya. Kita (BN) konsisten buat kerja kita, mendampingi dan mendekati rakyat.. mereka Pakatan Rakyat nak berpecah, itu hak mereka, katanya.
 
Kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim kini ibarat 'dihujung tanduk' apabila PKR semalam mengesahkan akan menamakan Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon penggantinya. Perkara itu disahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang medianya, selepas mesyuarat majlis pimpinan pusat parti itu, di ibu pejabatnya di Tropicana. Kita tak payah sibuk-sibuk. Tunggu dan lihat siapa yang kena nanti. Anwar atau Khalid? Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...