Monday, July 14, 2014

AKHIRNYA LELAKI UGUT TEMBAK MB KEDAH DI TAHAN POLIS. SYABAS DAN TAHNIAH PDRM!

ISNIN, 14 JULAI 2014
JANGAN SALAH GUNAKAN LAMAN SOSIAL
POLIS menahan seorang lelaki berusia 37 tahun di Shah Alam petang tadi berhubung ugutan untuk menembak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini. Ugutan sama turut dibuat terhadap Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, suspek berasal dari Alor Setar itu ditahan kira-kira pukul 5.45 petang tadi. Suspek akan dibawa ke Kedah bagi membolehkan keterangannya diambil, katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Tweet dari Padi Jantn
Sebelum ini, satu akaun Facebook atas nama Padi Jantn yang diletakkan gambar dua pemimpin tersebut telah mengeluarkan komen berunsur ugutan. Ia berbunyi 'jika ada sesiapa yang sanggup bagi aku pistol dan peluru nescaya aku akan tembak mampus dua makhluk ini dulu sebelum tembak Sonny Ho si kafir harbi'. Satu lagi komen adalah 'dengan puak ini bukan boleh cakap dengan Facebook bro! Kena cakap dengan peluru. Sama la juga dengan Zionis dan Yahudi dalam UMNO, kena cakap dengan peluru or anak panah ja'. 
Itulah...tak ada kerja cari kerja. Sekarang, masak ko dibuatnya. IBM hairan dengan sikap dengan anak-anak muda sekarang ini yang selalu menyalah gunakan laman sosial seperti Facebook ni. Banyak lagi perkara yang berfaedah boleh kita posting dan kongsikan di facebook. Tapi, kenapa jalan yang bodoh ini yang mereka cari?. Apa, mereka ingat mereka bijak? Jangan...jangan buat hal kerana pihak yang berwajib lagi bijak mengendalikan hal-hal seperti ini. Dan, kalau nak bergurau pun, hati-hati bila mengeluarkan kata-kata. Bak kata perpatah, "Kerana pulut santan binasa, dan kerana mulut badan binasa". Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...