Thursday, July 17, 2014

PERCAYALAH. PARTI KELENTUNG RAKYAT (PKR) KIAN LUMPUH. PECAT LAGI AHLINYA.

KHAMIS, 17 JULAI 2014

KEMELUT PARTI ANAK BERANAK..
SEPERTI yang IBM katakan di dalam tulisan IBM yang lepas, Parti Kelentung Rakyat (PKR) akan memecat sesiapa sahaja ahlinya yang lantang bersuara dan mengkritik kepimpinan parti. Rupa-rupanya tekaan IBM itu betul dan ianya memang realiti. Hari ini difahamkan ahli Cabang Kuala Selangor iaitu Arijan Osman telah dipecat oleh Lembaga Displin Parti ekoran beliau membuat laporan terhadap parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada hari Isnin lalu bertujuan untuk membatalkan pemilihan Cabang Kuala Selangor. 

Pemecatan itu dibuat setelah biro politik PKR bermesyuarat semalam yang di pengerusikan oleh Naib Presidennya, Tian Chua. Diberitakan Pengerusi Lembaga Displin PKR Dato' Dr Tan Kee Kwong telah mengumumkannya melalui satu kenyataan media. Apa yang membuat Arijan membuat keputusan untuk melaporkan kepada ROS ialah apabila mendapati dua orang perempuan dengan membawa pensil dan pemadam terus masuk ke dalam bilik pengiraan undi di Ibu pejabat PKR semasa proses pengiraan undi Cabang Kula Selangor baru-baru ini. Siapa dua orang perempuan itu? No one knows.


Kesimpulannya, pemilihan PKR tahun ini adalah pemilihan yang paling-paling kotor dalam sejarah politik tanah air. Tiada yang sekotor PKR. Mana yang dikatakan PKR mengamalkan 'kebebasan bersuara' di dalam partinya?  Kelentung je. Maka, ekoran dari itu, PKR di lihat semakin menghampiri kemusnahan yang mana rata-rata ahli-ahlinya merasa tertipu dan telah berikrar akan keluar parti beramai-ramai tak lama lagi. Selepas Arijan, siapa lagi selepas ini? Kepada ahli-ahli PKR yang di luar sana tu, fikir-fikirkan dan cepat-cepat tinggalkan kapal PKR yang kini hampir karam. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...