Friday, July 18, 2014

MALAYSIA AKAN TUNTUT KEADILAN, KATA PM

JUMAAT, 18 JULAI 2014

LAGI CERITA NAHAS MH17..
MANA mungkin pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pemberontak Ukraine sedangkan pesawat Boeing 777-200 itu tidak melintasi zon sekatan. Ini yang di persoalkan oleh Perdana Menteri, Datu Seri Mohd Najib Tun Razak. Ini kerana beliau mendapat maklumat daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Dan lagi, pesawat malang itu tidak melakukan sebarang panggilan kecemasan. Dan seperkara lagi, pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah di tembak jatuh.

Maka, mengikut kata Datuk Seri Najib, jika ternyata bahawa pesawat itu memang ditembak jatuh, Malaysia berkeras bahawa pelaku mesti dibawa ke muka pengadilan. Difahamkan juga Presiden Ukraine, Petro Poroshenko memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh dan bebas akan dilakukan dengan disertai wakil dari Malaysia. Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di Timur negara itu dalam usaha untuk mewujudkan satu koridor kemanusia ke lokasi kemalangan. Dan, beliau berjanji dan bersetuju bahawa siasatan mengenainya tidak boleh dihalang.

Manakala di Washington DC, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menyatakan persetujuan beliau bahawa siasatan mengenainya tidak boleh dihalang. Satu pasukan antarabangsa mestilah mempunyai akses penuh ke lokasi kejadian dan tidak ada mana-mana pihak boleh menganggu kawasan tersebut atau memindahkan apa-apa serpihan termasuk kota hitam. Obama juga berjanji Amerika Syarikat komited dalam hal ini dan berjanji akan membantu Malaysia selagi yang boleh. Sementara IBM difahamkan kerajaan Malaysia menghantar penerbangan khas ke Kiev, membawa pasukan bantuan khas dan pasukan penyelamat, serta pasukan perubatan. Satu tragedi yang amat menyanyatkan hati.

Kepada keluarga yang terlibat, harap bersabar, bertawakal kepada Allah SWT, kerana itu juga kehendaknya dan kita sedekahkan banyak al-fatihah kepada mereka. Al-fatihah!. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...