Tuesday, July 22, 2014

KHALID GAGAP 'SERONOK'?

SELASA, 22 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN NO 1 SELANGOR BERTERUSAN..
WALAUPUN tertekan dari semua sudut, Khalid gagap rasa seronok pulak bila kemelut jawatan MB berterusan seperti yang dilaporkan Antarapos di bawah ini :

[Krisis politik Selangor bertambah buruk apabila Pesuruhjaya PAS negeri itu mendesak PKR supaya menghormati pendirian parti itu yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar.  Iskandar Samad yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata PAS Selangor dan PAS  Pusat tidak mahu Khalid diganti meskipun PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatan MB itu. Saya melihat itu keputusan PKR. (Namun) Mereka perlu menghormati keputusan PAS Selangor dan PAS Pusat (yang) sebelum ini  tidak pernah mencapai apa-apa persetujuan untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah. Kita tidak pernah setuju (untuk tukar)," ujar Iskandar kepada pemberita.

Pimpinan PAS mengadakan mesyuarat malam ini di Kuala Lumpur bagi membincangkan keputusan PKR untuk mencalonkan Wan Azizah sebagai ketua eksekutif Selangor. Majlis Presiden Pakatan Rakyat pula dijadualkan bermesyuarat esok untuk meluluskan pencalonan Wan Azizah sebagai menteri besar untuk  mendapat untuk perkenan istana Selangor.  Dalam pada itu Khalid terus berpendirian bahawa beliau hanya akan berundur jika "rakyat" memutuskan demikian. Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi dan ingin bekerja untuk rakyat dan akan tunaikan tanggungjawab sehingga saya tidak diminta untuk melakukan tanggungjawab tersebut," kata beliau.

"Saya akan tetap (jadi MB). Ini terpulang kepada rakyat untuk menentukannya. Kalau rakyat setuju (saya kekal) maknanya tidak digantikan," tambah beliau. Khalid sekali lagi membayangkan beliau akan hanya bersedia untuk melepaskan jawatan itu di ambang pilihan raya umum ke 14. "Jadi saya juga sangat seronok tentang perkara ini sebab boleh jadi tiba masanya untuk dua atau tiga tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya," katanya. Kalau ditanya pada orang Umno siapa diorang sokong untuk terus kekal jadi MB Selangor, dah tentu diorang kata, Khalid. Begitu juga PAS. Khalid pilihan mereka. Apapun, kita tunggu dan lihat saja lah]. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...