Thursday, July 17, 2014

SIAPA LE YANG BUAT GOSIP DI BULAN PUASA NI?

KHAMIS, 17 JULAI 2014

TAK patut le korang buat gosip-gosip macam ni pada Datuk Jamal Abdillah. Datuk Jamal bercinta dengan wartawan hiburan? Apatah lagi dalam bulan puasa yang mulia ini. Korang tak takut dosa ke? Gosip ni lebih kurang macam fitnah jugak. Macam kakak dengan adik. Kakak fitnah, adik pula gosip. Hehehe. Agaknya le. Apabila berita itu heboh terkeluar dari sebuah portal tempatan, maka tampilah wartawan tersebut yang dikenali dengan nama Ramlah Binti Zainal. Difahmkan Ramlah bertugas dengan Harian Metro. Beliau menafikan sekeras-kerasnya akan perhubungan tersebut. Itu tidak benar, katanya. Menurut kata Ramlah, beliau dan Datuk Jamal adalah kawan biasa. tiada apa-apa hubungan hanya sekadar hubungan seorang wartawan dengan rakan artis. Salah ke? tanya beliau.

Apapun, janganlah marah wahai Cik Ramlah. Kalau tak betul tak apalah. Al-maklumlah orang yang membuat gosip tu hanya untuk menulis dan mempopularkan portalnya. Janganlah ambik pot. Tapi, bagi IBM, kalau betul apa salahnya. Bak kata orang, jodoh pertemuan di tangan tuhan. Mungkin jodoh si Ramlah ni dengan Datuk Jamal sudah sampai. IBM teringin juga nak jumpa dengan Datuk Jamal untuk bertanyakan hal ini. Insyallah IBM akan usahkan dalam masa yang terdekat ini. Kan apa, kita dah dengar ulasan dari pihak perempuan yang mengatakan itu adalah gosip semata-matam, nak juga kita dengar dari Datuk Jamal pulak. Ok tak?

Sementara itu, diberitakan Ramlah begitu serius apabila memberi penjelasan dan katanya segala apa yang beliau jelaskan dapat melenyapkan gosip tersebut yang di anggap karut dan harapan beliau agar gosip ini tidak menjadi-jadi kerana tiada apa-apa hubungan beliau dengan Datuk Jamal. Ingat semua, termasuk yang memulakan gosip ini. Harap, ianya sudah selesai dan jangan di panjang-panjangkan. Ada faham? Tapi, bagi IBM kalau tak ada gosip tak adalah dunia hiburan dan dunia artis. Akhir sekali, rupa-rupanya si Ramlah ni seorang ibu tunggal. Patut le........Ok cukup. Jangan pandai-pandai nak sambung cerita lagi. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...