Thursday, July 17, 2014

NOH OMAR BAKAL JADI MB SELANGOR?

KHAMIS, 17 JULAI 2014

MB SELANGOR : SIAPA SELEPAS KHALID?
KEDUDUKAN Khalid gagap sebagai Menteri Besar Selangor hanggat dan menjadi perdebatan banyak pihak sejak daripada awal tahun lagi. Kini, begitu ramai penganalisis politik membuat andaian siapa kah yang akan menganti Khalid. Pun begitu, Profesor Agus Yussof (gambar bawah kanan) seorang daripada penganalisis politik berpandangan dari satu sudut yang mana mengikut beliau kenapa sikap tergopah-gpah pemimpin-pemimpin PKR dan rakan-rakan kompenan Pakatan Rakyat yang lain, seperti DAP dan PAS berhubung kemelut untuk menggugurkan si Khalid daripada jawatan nombor satu Selangor itu?

Katanya, kenapa perlu tukar MB yang sedia ada, sedangkan Khalid masih lagi MB dan belum letak jawatan? Kenapa tidak selesaikan dulu krisis MB itu dengan cara yang baik. Jangan gopoh dan bagaimana jika MB sekarang nasihatkan Tuanku Sultan supaya bubarkan DUN? Kan melopong semua. Professor Agus Yussof juga berpendapat dan dengan cara berseloroh beliau berkata, sekiranya Tuanku setuju bubarkan DUN, entah-entah selepas itu yang jadi MB bukannya Wan Azizah atau Azmin, tetapi YB Noh Omar.

Kalau jadi macam mana? Sebab dalam politik semuanya mungkin. Tapi, memanglah agak sukar di terima sekiranya YB Noh Omar. Pertamanya Pakatan Rakyat. Dah tentu melenting. Apapun itu hanya pandangan seorang daripada penganalisis politik. Sampai bila kemelut ini akan berakhir, kita tunggu dan lihat sahaja lah. Yang penting sekarang, bagi Barisan Nasional (BN) di harap bersiap siaga dari sekarang bagi melalui dan menempuh lunak-lunak duri bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14 akan datang. Nampaknya bunga-bunga untuk menang sudah kelihatan, cuma BN Selangor harus berkerja kuat pastikan kita rampas kembali Selangor dari Pakatan dengan cara yang berhemah dan bermaruah.

Dua pemimpin PKR yang berebut dan yakin mereka akan jadi MB Selangor yang baru mengantikan Khalid Ibrahim.

Biarkan mereka (Pakatan) dengan masalah dalam parti mereka. Kita fokus dan segala janji-janji yang dahulu kita tunaikan dan selalu-selalulah turun padang dan buat apa sahaja program yang mana kita boleh berjumpa dengan rakyat dan pupukkan kemesraan dari sekarang. Insyallah, dengan usaha yang gigih, berkat kerjasama kita kan memperolehi kejayaan. Selangor akan kita tawan kembali. Tentang seloroh Professor Agus tu, janganlah diambil kira. Itu hanyalah gurauan politik. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...