Friday, July 25, 2014

BAYI ANTARA 9 MAUT DALAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS SEKOLAH DIGAZA..

JUMAAT, 25 JULAI 2014
Sekurang-kurangnya sembilan orang termasuk seorang bayi terbunuh apabila sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diserang Israel di utara Gaza pada Khamis. Jurucakap perkhimatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, jumlah kematian boleh mencecah sehingga 15 orang dan lebih ramai yang cedera dalam kejadian itu. Difahamkan, jumlah mereka yang cedera kira-kira 200 orang.
Ia merupakan insiden terbaharu membabitkan serangan Israel yang menyasarkan sekolah dan hospital di wilayah Palestin, dengan jumlah kematian dalam serangan militan Gaza sejak 17 hari lalu mencecah lebih 770 orang. Sampai bilakah rakyat Palestin akan diseksa sebegitu rupa? Apa dunia boleh buat bagi menghalang perbuatan kejam dan terkutuk Israel terhadap rakayt Palestin? Kita di Malaysia harus bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Tapi, ada juga yang manusia sial menyatakan "Malaysia sungguh mengerunkan". Apa maksudkan si barua tu? Harus disiasat. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...