Tuesday, July 15, 2014

TEMBAK! ITU KATA PUTUS DARI PANGLIMA TLDM TERHADAP PENCEROBOH

SELASA, 15 JULAI 2014
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar malam tadi menegaskan tindakan menembak penceroboh bukan bermakna pasukan keselamatan negara bertindak kejam, sebaliknya sekadar menghalang mereka melarikan diri. Ada yang mengatakan kita (pasukan keselamatan) akan melakukan kekejaman, kita tembak untuk membunuh orang. Ini salah. Kita akan tembak apabila mereka tidak berhenti dan melarikan diri, katanya kepada pemberita di sini. Beliau diminta mengulas lanjut kenyataannya kelmarin yang memohon kepada kerajaan agar membenarkan pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah pihak yang menceroboh perairan negara di Sabah.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata sekarang bukan masanya untuk pihak berkuasa berlembut terhadap penceroboh terbabit. Saya mohon budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu ini. Sekarang bukan masa untuk berlembut lagi. Berapa ramai lagi anggota pasukan keselamatan akan terkorban jika penceroboh masih bermaharajalela," tegasnya. Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara boleh mengeluarkan Peraturan Kawalan Tembakan yang membenarkan tembakan dilakukan ke atas mana-mana unsur yang dicurigai boleh menggugat keselamatan negara.
Kenyataan beliau ini menyusuli kejadian serangan hendap ke atas pasukan keselamatan yang dilakukan oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjata berat di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna, Sabtu lepas. Dalam kejadian 11.10 malam itu anggota Pasukan Polis Marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban manakala rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, 26, dilarikan. IBM rasa, ramai yang setuju dengan kenyataan oleh Panglima TLDM itu. Demi keselamatan negara dan juga keselamatan anggota keselamatan itu sendiri bertindak sedemikian adalah wajar. Tembak je. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...