Monday, July 28, 2014

CUBA TEKA. PADA SIAPA AZMIN TUJUKAN TWEETNYA INI...?

ISNIN, 28 JULAI 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR....
Salam dan salam Aidilfitri kepada semua. Ini bukan nak cari salah sesiapa, tapi cukup sekadar kita kongsikan bersama dan kita fikirkan bersama bahawa kemelut jawatan MB Selangor sudah sampai ke kemuncaknya. Kini sudah terserlah demi politik, demi pangkat, yang dahulunya kawan, kini sudah jadi lawan. Dulu dalam kem A, kini beralih ke kem B. Itulah perkembangan politik di Selangor ini. Sepatutnya kita menyambut hari lambaran ini penuh dengan kegembiraan dan ketenangan, tidak seperti saudara kita di Gaza yang  nyawa mereka setiap detik di ancam dan diambang maut.

Tapi, di Selangor ini ianya menjadi hura-hara dik kerana berebut jawatan dan asyik 'berpolitiking', kerja dan janji pada rakyat di abaikan. Pendekkan cerita, seperti yang IBM paparkan di atas. Agak-agak korang semua le pada siapa si Azmin ingin tujukan 'tweet'nya itu? Atau melepaskan geram kerana peluangnya untk menjadi MB Selangor yang baru agak tipis. Hahaha...memang Pakatan di Selangor ini sudah tongang-langgang. Menunggu masa untuk lingkup dan tutup kedai. Besar kemungkinan ada rakan kongsi mereka kan keluar dari Pakatan. Tunggu sajalah. Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...