Monday, July 14, 2014

JERMAN JUARA PIALA DUNIA 2014 BUAT KALI KE-4. TAHNIAH!

ISNIN, 14 JULAI 2014
IBM bukan peminat Jerman. Apapun tahniah kepada JERMAN yang merangkul trofi Piala Dunia buat kali keempat selepas menewaskan Argentina 1-0 pada aksi akhir di Stadium Maracana awal pagi Isnin. Permainan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan kebal tanpa jaringan pada masa sebenar permainan. Mario Goetze menjaringkan gol kemenangan selepas menerima hantaran  dari Andre Scuerlle sekaligus menamatkan saingan dengan penuh dramatik. 

Kali terakhir Jerman merangkul gelaran ini pada tahun 1990 sebelum 1974 dan 1954. Selain itu, penyerang Argentina Lionel Messi dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan tahun ini. Kepada Argentina, jangan kecewa kerana anda kalah bermaruah. Hanya nasib tidak menyebelahi korang. Kita jumpa 4 tahun lagi di Piala Dunia yang mana Rusia akan menjadi tuan rumah. Majulah sukan untuk negara. Masih menanti bila agaknya Malaysia akan layak ke Piala dunia? Wasallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...