Friday, July 12, 2013

APA SUDAH JADI?? HARGA AYAM NAIK MENDADAK!!

JUMAAT, 12 JULAI 2013
APA sudah jadi? Kata boleh kawal. Janji barang tak naik harga. Apa sudah kaji dengan harga ayam ni? Tiba-tiba je harga ayam naik secara mendadak. Bukan sahaja di Kuala Lumpur, tapi, iannya berlaku di beberapa negeri sejak dua minggu lalu, yang mencecah RM1 hingga RM2 sekilogram menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna. Di kebanyakan negeri, harga ayam ketika ini dilaporkan dijual RM8 hingga RM8.50 sekilogram malah ada sesetengah kawasan dijual pada harga RM9 sekilogram. Harga itu jauh lebih tinggi berbanding RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram sebelum ini. Kenaikan harga yang disifatkan tidak munasabah itu menyebabkan pengguna kini bimbang perlu menanggung kos lebih tinggi sepanjang Ramadan ini seterusnya dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah harga-harga ayam yang dijual di beberapa negeri :

Di Kelantan, tinjauan di beberapa pasar di Kota Bharu mendapati, harga ayam mencecah RM7.50 hingga RM8 sekilogram sejak seminggu lalu berbanding sekitar RM6.50 sekilogram sebelum ini.

Di Selangor, harga ayam juga didapati meningkat sejak seminggu lalu dan dijual RM8.50 sekilogram di pasar sekitar Shah Alam berbanding RM6.50 hingga RM7 sebelum ini.

Di Perak, harga ayam meningkat 30 sen hingga 90 sen dalam tempoh kurang dua minggu sehingga mencecah RM8.50 sekilogram berbanding hanya sekitar RM7.60 hingga RM8.20 sebelum ini.

Diharap Menteri yang berkenaan, jangan cakap sahaja. buatlah sesuatu. Jangan cemarkan bulan Ramadan yang mulia ini yang mana membuat para pengguna merasa tertipu dan kan membenci kerajaan yang sedia ada. Pembangkag akan masuk jarum dan akan menghasut rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang ini kerajaan penipu. Impaknya amatlah buruk sekali.

Jangan lupa, PRU ke-14 nanti. Rakyat akan menghukum BN sekiranya ianya tidak dibendung dan kawal. Kerajaan mesti mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Yang hairanya tu kenapa setiap kali musim perayaan harga ayam naik mendadak? Adakah ianya masalah bekalan atau ada pihak yang hendak cari untung lebih? Fikir-fikirkan dan Renung-renungkan ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Harap Hassan Malek menteri baru yang jaga kementerian ni ambil tindakan yang betul..jangan main asyik dok bagi amaran je..mana tindakan nya..kalau harga ayam turun boleh pulak puak cinabeng mambakar anak ayam ..tapi bila tiba musim perayaan kurangkan bekalan supaya dapat menaikkan harga dipasaran.

    ReplyDelete
  2. Orang Melayu memang harpak, bengong, bangang, bodoh, sebab apa aku cakap macam tu? sebab selalu bising2 kalau harga barang naik, macamle kerajaan boleh kontrol semua harga barangan keperluan, gunakan kuasa membeli untuk memboikot, ala tak makan ayam bukan boleh mampus pun, banyak benda lain lagi boleh makan, lagi pun bekalan ayam kalau boikot seminggu je sudah cukup untuk membuat lambakan stok ayam dipasaran, ini tak bising3 macam bangsa bangsat yang hidup mengharapkan ehsan orang lain, cubalah bersusah sedikit, sampai bila bangsa kita senang2 diperkotak katikkan. Memang Melayu dari pemimpin sehingga rakyat marhain, sejak2 ini sanggup menjadi haprak baghal tidak bermaruah demi untuk kesenangan dunia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...