Thursday, July 25, 2013

PAS TEWAS DI KUALA BESUT. CALONNYA MENGHILANGKAN DIRI....

KHAMIS, 25 JULAI 2013

JELAS PAS mengamalkan sikap tidak sporting. Politik PAS memang politik lapuk yang tidak boleh di pakai dan tidak lagi relevan.  Calonnya, Endut @ Azlan Yusof (gambar bawah kanan) serta penyokong parti itu tidak hadir di tempat penjumlahan undi di Dewan Majlis Daerah Besut. Kelibat Azlan yang dikenali sebagai 'Che Long' tidak kelihatan ketika pegawai pengurus pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menjemput calon Barisan Nasional (BN) dan PAS naik ke pentas sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Bagi IBM, ianya jelas menunjukkan bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan nasib rakyat. Mereka hanya ingin berkuasa kerana masih menyimpan dendam terhadap Barisan Nasional (BN) semasa calonya kalah di PRK ke-13 lalu. Kalau begitulah sikap pemimpin-pemimpin dan PAS sendiri, lebih baik tak payah bertanding. Kan menyusahkan rakyat sahaja. IBM yakin mereka tahu mereka akan kalah. Tapi, mereka masih ingin mencuba nasib. 
Keputusan di PRK Kuala Besut menyaksikan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi. Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi. BN berjaya menambah majoriti sebanyak 158 undi. Secara keseluruhan Azlan hanya menang di lima saluran daripada 37 saluran dalam kawasan DUN Kuala Besut. Lima saluran tersebut ialah satu saluran di Sekolah Kebangsaan Kampung Nangka, serta masing-masing dua saluran di pusat mengundi Kampung Baru dan Bukit Puteri.
Tahniah sekali lagi kepada Tengku Zaihan. Nasihat kami, berkhidmatlah dengan penuh jujur dan didikasi. Pastikan Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan. Hidup BN!! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

4 comments:

  1. Tak hadir kerana malu atau sibuk dok canang kununnya BN melakukan penipuan dalam PRK? Atau mungkin tak habis wirid lagi selepas tarawikh ketika itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Megat Alam Gempita,

      Hehehe..mungkin jugak tu....tapi, memang jelas menunjukkan bahawa Pas tidak sporting. Politik mereka politik
      kampung yg banyak menyusahkan rakyat....

      Delete
  2. alaaaa, puak2 PAS ni mana ada pi taraweh, dok asyik ceramah je..mana ada masa.

    yang banyak2 dok pi taraweh kita dok tengok tu majoritinya puak UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam art,

      Bila kita persoalan perkara yg sebegitu, Pas akan kata....alaaaa...sembahyang teraweh tu sunat. bukan fardu....apapun tahniah kerana dah ramai orang-orang UMNO berjinak2 ke Masjid/surau....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...