Kita semua tahu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbuat apa sahaja untuk menjadi Menteri Besar selepas gagal menjadi Perdana Menteri. Sebaba itu, pada PRK DUN Kajang yang akan diadakan pada 23 March ini, Anwar begitu yakin beliau akan memenangi PRK tersebut, sekali gus membolehkan beliau menjadi Menteri Besar Selangor yang baru. Oleh IBM setuju dengan komen yang dibuat oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Katanya, ketua umum PKR itu sanggup meminta ahlinya sendiri Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi membolehkannya bertanding untuk merealisasikan hasratnya menjadi Menteri Besar Selangor. Memang dah kemeruk jawatan si Nuar Brahim ni. Ini kerana, apabila beliau telah mencuba beberapa kali untuk menjadi Perdana Menteri, tapi masih gagal kerana tuhan tidk izinkan, maka, baginya jadi Menteri Besar pun jadilah.
Jelas sekali permainan 'gila kuasa' Anwar dilihat sejak beliau keluar penjara pada 2004 apabila meminta isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk beliau bertanding. Didalam majlis itu juga, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan persekutuan bagi penstrukturan semula industri bekalan air Selangor. Khalid (Menteri Besar) sedar masalah air di Lembah Klang telah memberi kesan kepada rakyat tidak seperti segelintir pemimpin pembangkang yang hanya memikirkan mengenai politik, katanya.
Melalui MoU dimeterai 26 Februari lepas, kerajaan negeri Selangor akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh MoU ditandatangani. Kerajaan pusat pula bersedia menyuntik dana tambahan RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah Syarikat milik kerajaan negeri.
Untuk menyelamatkan Selangor daripada Anwar yang gila kuasa, dan supaya rakyat tidak ditipu lagi, jom kita ramai-ramai serang Kajang, bantu calon BN untuk memenangi PRK DUN Kajang pada 23 March ini. Katakan tidak pada Anwar Brahim dan kita TIBAI dia kaw-kaw. Wasalam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"