SU Politik Zuraida Buat Laporan Polis, Kenapa Ye?

"Saya percaya surat ini telah menimbulkan rasa kurang senang dan kemarahan kepada pihak tertentu terutamanya kepada penyokong parti dan Presiden sendiri. "Seperti yang saya nyatakan dalam surat itu juga, Puan Presiden sendiri iaitu Wan Azizah sangat cemburu dengan hubungan rapat antara saya dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika ditemui di ibu pejabat Polis Dang Wangi di sini hari ini. Beliau ditemani oleh isteri dan anaknya. Mohd. Fareez berkata, surat yang diutuskan kepada Abdul Hadi itu diberi salinan kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sementara itu beliau berkata, kemuncak ancaman bahaya yang diterimanya berlaku sejak 48 jam lalu apabila sekumpulan orang telah bertindak memburunya sehingga ke bilik hotel.

Ditanya pula bagaimana beliau syak yang melakukan perbuatan itu adalah orang suruhan Presiden PKR sedangkan tidak pernah menerima sebarang ugutan dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya, Mohd. Fareez berkata: "Saya telah berada di dalam parti dan saya tahu bagaimana mereka mahu serang hendap seseorang. Saya kenal bagaimana kerja mereka." Menjawab satu soalan, Mohd. Fareez berkata, beliau telah memberikan segala maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit kepada pihak polis berhubung kesnya itu. "Itu juga saya telah maklumkan kepada polis bagaimana hampir (hendak kena) juga. Kemuncaknya semalam apabila saya telah diserbu di hotel penginapan," katanya ketika menjawab sama ada beliau telah dikasari atau tidak oleh kumpulan terbabit.
Mohd. Fareez berkata, beliau masih ahli PKR sejak 2008 dan sehingga hari ini belum menerima apa-apa notis pemecatan daripada parti atau unit tindakan disiplin parti. Sama ada Ahli Parlimen Ampang, Zuraida@Mak Lampir Kamaruddin (gambar) mengetahuinya membuat laporan polis hari ini beliau berkata: "Ini adalah tanggungjawab saya kepada keluarga. Jadi saya rasa tidak perlu untuk beritahu dia atau macam mana." Selain sebagai Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Mohd. Fareez juga merupakan Pegawai Diplomasi Antarabangsa PKR. Ditanya selama mana beliau mengenali Anwar dan adakah Ketua Pembangkang itu tahu tentang isu yang dibangkitkan itu, Mohd. Fareez berkata:
"Awak tanyalah Anwar."
IBM Kata : Sejak kebelakangan ni memang PKR/Pembangkang telah banyak menimbulkan masalah kepada kestabilan negara dan juga politik. Mereka menekan kerajaan di setiap sudut. Tapi, Allah SWT adil. Kini, bunga-bunga keretakan dan mushibah telah ketara menimpa kepada PKR/Pakatan Rakyat. Tak lama lagi hancur le tu. Dan, IBM dapat merasakan kerakusan dan kefahaman politik kotor dan songsang mereka akan berakhir dan nokhtahnya akan terhenti seepas PRU ke-13 nanti. Tak percaya?....sama-sama kita tunggu nanti.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA