Saturday, December 13, 2014

6 BULAN TAK BERMESYUARAT. SIBUK SANGAT KE PEMIMPIN-PEMIMPIN PR NI, ATAU HANYA ALASAN??

SABTU, 13 DIS 2014
ENAM bulan...lama tu. Takkanlah sesibuk itu para pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hingga nak buat mesyuarat pun tak ada masa. Apa yang mereka dah buat pada rakyat semua sehingga begitu sibuk? Setahu IBM, mereka-mereka ini begitu sibuk 'berpolitik' sana-sini, jadi apabila Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyatakan kekangan masa sebagai wakil rakyat dalam Pakatan Rakyat menjadi punca parti itu tidak berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat hampir enam bulan, bagi IBM itu hanyalah alasan semata-mata. Namun tambah Azmin lagi, seperti yang telah diutarakan oleh Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangkakan mesyuarat akan diadakan pada bulan hadapan (bulan Januari 2015) tahun depan.Untuk menutup kelemahan mereka (PR) beliau juga berpandangan bahawa perkara itu tidak menjadi isu. Bagi pandangan IBM, itu juga alasan kerana nak tutup kelemahan mereka dan 'keretakkan' dan 'ketidakkemuafakatan' sesama mereka tiga parti didalam Pakatan Rakyat (PR). Mengikut kata Azmin, kononnya, al-jub Anwar telah keluarkan kenyataan semalam....mereka akan berjumpa nanti... ada banyak masa cuti bulan Disember. 

Mereka bekerja sangat keras, katanya ringkas. Terbaru Anwar meremehkan kebimbangan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa Pakatan Rakyat mungkin terpaksa dibubar sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).  Lim sebelum ini mendedahkan pimpinan Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS tidak bermesyuarat lebih enam bulan kerana dibelit dengan pelbagai perbalahan dalaman dan berisiko kehilangan sokongan rakyat. Bagaimanapun Anwar mendakwa Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan bermesyuarat bulan depan dan menganggap kenyataan Lim itu hanya cubaan untuk memberi “kejutan” kepada Pakatan. 

Anwar mendakwa sungguhpun Pakatan tidak bermesyuarat di peringkat tertinggi, kerjasama  tiga parti di peringkat lain masih kukuh. Kata-kata daripada Anwar al-jub itu juga bagi menutup segala kelemahan yang terdapat dalam PR. Kenyataan dan keresahan yang diluahkan oleh pemimpin DAPigs, Lim Kit Siang ada asasnya dan kan menjurus kepada pemubaran PR. Kita berkata demekian berdasarkan beberapa perkara yang tidak mendapat kerjasama diantara mereka, tuduh menuduh, dan banyak lagi perkara-perkara yang boleh mengeruhkan keadaan di dalam PR. 

Ditambah juga dengan kekalahan berturut-turut Pakatan pada pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan dan DUN Pengkalan Kubor membuatkan LIm Kita Siang dan partinya DAPigs merasa tidak selesa dan selamat untuk berada di dalam PR. Kesimpulanya, alasan sibuk, adalah satu alasan kebudak-budakan dan jelas menunjukkan ketidakkan matang berpolitik yang ditujukkan oleh Azmin dan Pakatan Rakyat. Bagaimana jika mereka memerintah, jadi kerajaan, tidak bermesyuarat selama 6 bulan, apa akan jadi negara ini? Maka, inikah parti  harapan rakyat? Jom sama-sama kita fikir-fikirkan, terutaman rakyat di luar sana. Wassallam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...