Saturday, December 13, 2014

PENAHANAN 'ALI SETAN' OLEH INTERPOL ADALAH TIDAK BENAR, KATA KDN

SABTU, 13 DIS 2014
KALAU betulah apa yang dikatakan oleh jurucakap dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa penahan Ali Abdul Jalil oleh interpol tidak benar, itu bagi IBM seolah-olah satu sindiran atau provokasi dari si 'Setan Ali' untuk memalukan kerajaan Malaysia.  Hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan aktivis politik Ali Abdul Jalil ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini seperti tersebar dalam laman sosialFacebook. Kalau berita itu tidak betul, IBM beryakinan penuh bahawa Ali sengaja memuat posting di Facebok nya untuk memberi tahu kepada kerajaan bahawa dia selamat dan diterima oleh kerajaan Sweden dan mendapat suaka politik disana. Kalau mesej itu pun KDN tak faham, tak tahu tahulah apa nak cakap lagi. Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Brig Jen Fadzlette Othman Merican Idris Merican berkata Polis Diraja Malaysia akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan jika mempunyai apa-apa maklumat terbaru berhubung perkara itu. Berita yang tersebar dalam laman sosial itu tidak benar, katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp kepada Bernama berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu. Semalam, menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya, Ali menyatakan: "Aku diangkut Interpol ... malam ni dibawa pulang ke Malaysia ... esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari ... Never give up". Ali yang berdepan tuduhan menghasut kerana menghina institusi Raja di negara ini melalui laman Facebooknya, melarikan diri ke Sweden bagi mendapatkan perlindungan politik. Ali juga mendakwa beliau kini dilindungi mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Peraturan Dublin apabila mendapatkan perlindungan di Sweden. Minggu lalu, pasport Ali dan bloger seks, Alvin Tan ditarik balik dan Jabatan Imigresen meminta kedua-duanya supaya segera menyerahkan dokumen itu. 

Kepada Jabatan Imigresen, bak buat apa lagi pasport si barua dua eko tu, biak pilah. Lagi pun ianya sudah dibatal dan di 'black list' kan. Mahal sangatkah harga sebuah pasport sehingga kerajaan seperti si peminta sedekah merayu untuk mereka pulangkan pasport tersebut? Kadang-kadang IBM lihat pentadbiran kerajaan sekarang berperangai macam budak-budak. Buntu, tak tahu apa nak buat. Pak Najib, buatlah sesuatu. IBM dan semua rakyat di luar sana tahu, DS Najib cuba membuat yang terbaik untuk negara, tapi, 'kaki bodek'  ramai yang mendampingi dan mengelilingi PM Menteri. Buat kerja tak tahu, asyik bodek dan ampu sahaja. Jahanamlah negara macam ini. Harap PM sedar akan hal ini. Wasallam ~ IBM

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...