ORANG kata 'berbohong' adalah amalan dan santapan bagi pembangkang seperti PKR. Kerja mereka tak lain hanya berbohong dan membuat fitnah. Kalau nak diambil kira, kadang-kadang pembohongan yang pembangkang taburkan agak berkesan dan diterima pakai oleh para pengundi. Ianya diibaratkan gula-gula yang ditabur oleh pembangkang terhadap kerajaan dan sekali gus membuat rakyat percaya dan membenci kerajan. Berpandukan pengalaman dan analisis yang dibuat, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap pembangkang ekoran sering mendakwa Pakatan Rakyat mempunyai sokongan pengundi sebanyak 52% berbanding Barisan Nasional (BN). Menurut Presidennya Ramesh Rao Krishnan, pembangkang sering menjaja mereka mempunyai sokongan itu kepada rakyat yang boleh disifatkan cubaan menghasut dan menabur fitnah kepada kerajaan BN.
Beliau meminta kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap orang yang beritahu Pakatan ada sokongan 52% dan ini adalah satu sentimen menghasut. Jadi tangkap mereka dan dakwa di bawah Akta Hasutan. Sebagai contoh, selepas PRU13, pelbagai perhimpunan 505 dilakukan kononnya 52% rakyat Malaysia menyokong Pakatan. Malahan sentimen ini dilaung-laungkan diseluruh dunia dan menghina BN. Pembangkang hantar petisyen kepada White House suruh bubarkan dan batalkan pilihan raya, kononnya 52% menyokong, kata Ramesh kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini. Untuk rekod kajian ini dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) sejurus selepas PRU13 bahawa undi popular menunjukkan 52% sokongan rakyat berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) manakala 48% BN. Sebaliknya Ramesh mendakwa sokongan yang digembar-gemburkan selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini adalah tidak tepat kerana berdasarkan laporan-laporan media terhadap demonstrasi yang dianjurkan oleh pembangkang gagal mendapat sambutan.
Mengikut Ramesh, beliau boleh katakan 52% ini adalah fitnah dan pembohongan yang amat besar untuk memperbodohkan dan menipu rakyat. Buktinya Ahli Parlimen Shah Alam telah menghantar satu petisyen untuk membantah Akta Hasutan tetapi hanya 3005 orang sahaja yang menandatangani. Jadi di mana suara 52% yang dilaung-laungkan?, soal beliau. Tambah Ramesh lagi, bukan itu sahaja, Kempen Rakyat Hakim Negara, Kempen Pendidikan Percuma, Protes Turun Harga Minyak sebelum ini juga gagal menarik sokongan rakyat. Beliau turut mencabar pembangkang untuk buktikan bahawa sokongan itu masih wujud lagi atau sekadar pembohongan semata-mata. Beliau nak cabar pembangkang kalau benar sokongan 52% ni wujud tunjukkanlah dalam seminggu ni. Dalam seminggu ni berapa juta tandatangan yang Pakatan boleh kumpul, kalau benar kami NGO akan sokong Pakatan, tegas beliau. Boleh dapat ke tandatangan sebanyak itu? Itu hanya omong-omong kosong. Pakatan bermimpi di siang hari. Wassallam ~ IBM