Wednesday, December 24, 2014

ISU 1MDB TIADA KAITAN DENGAN UMNO & PRESIDEN UMNO? TAPI..KENAPA SI BANGGANG KAHIRUDDIN BERIA-IA BUAT LAPORAN POLIS? UNTUK APA??

RABU, 24 DIS 2014
IBM tak faham apa kehendak sebenar si Khairuddin ni. Apa sebab-menyebab yang membuat beliau terpanggil  membuat laporan Polis terhadap isu 1MDB ini? Tidak ada jalan lainkah untuk dibincangkan secara tertutup supaya ianya tidak memburukan lagi keadaan kerana ianya di lihat sebagai 'senjata' bagi pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib. Cukuplah pembangkang cuba membongkar yang kononnya ada penyelewengan dan kerugian besar di dalam firma pelaburan 1MDB. Mereka (pembangkang) hanya membuat 'serkap jarang', tapi, tanpa bukti yang kukuh. Keadaan isu ini bertambah parah apabila Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang membuat laporan polis mengenai isu firma pelaburan 1MDB, berikrar akan terus melawan "kemungkaran secara habis-habisan" dalam apa jua keadaan demi kepentingan rakyat. Persoalanya, kenapa beliau berbuat demekian, untuk apa? Adakah beliau mempunyai kepentingan 'peribadi' di dalam 1MDB? 

Dalam isu ini, beliau (Khairuddin) turut menyindir Pemuda Pulau Pinang dan Kedah untuk "membodek" sesiapa sahaja kerana mendesak kepimpinan parti menyiasat dan mengambil tindakan displin kerana dianggap menjatuhkan imej parti. (Tetapi) tindakan mereka hanya akan membuatkan ramai rakyat semakin jelak dengan UMNO, katanya dalam kiriman SMS kepada sebuah portal pembangkang. Atas nama perjuangan, beliau akan  teruskan wadah dan tanggungjawab ini sebagai satu fardhu kifayah serta akan terus berpegang kepada prinsip membela kepentingan rakyat, katanya lagi. Khairuddin mengulas desakan Ketua UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim supaya UMNO negeri bertindak dan mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu Khairuddin yang didakwa menggunakan portal "propembangkang" untuk menyerang UMNO. IBM menyokong akan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin mendesak supaya Jawatankuasa Pengurusan dan lembaga disiplin parti segera mengadakan siasatan terhadap Khairuddin yang mengkritik kepimpinan UMNO Pulau Pinang yang didakwanya "tidur". 

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata laporan polis berhubung syarikat pelaburan itu hanya meminta pihak berkuasa itu menjalankan siasatan lembaga pengarah dan ketelusan pentadbiran dana dan kewangannya. Katanya, laporan polis itu tidak ada kena mengenai dengan Najib sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO atau Menteri Kewangan. Kerana dasar beliau sayangkan UMNOlah beliau mengambil tindakan nekad ini untuk membersihkan nama Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Isu 1MDB tiada kaitan langsung dengan UMNO serta presiden UMNO, katanya sambil menyifatkan Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Kedah "amat kurang cerdik". Siapa sebenarnya yang kurang cerdik ni? 

Dan...untuk bersihkan nama PM dan Menteri Kewangan? Podahhhh! Atau ada pihak yang tertentu mahu mengaibkan nama PM DS Najib sekali gus rakyat melihat bahawa DS Najib adalah PM yang tidak bertanggunjawab dan korap? Sukar untuk di terjemahkan isu 1MDB ini. Hanya Khairuddin sahaja yang tahu apa sebenar motif beliau membesar-besarkan isu tersebut? Kalau dik kerana isu 1MDB ini membuat rakyat jelata hilang kepercayaan kepada UMNO, itu bohong. Itu hanya alasan orang kecewa seperti Khairuddin yang ada kepentingan perabadi. Apapun, kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya. Kita kan ketahui juga kebenarnya satu hari nanti. Wassalam ~ IBM

1 comment:

  1. Isunya IBM-AkuSayangUMNO adalah integriti dalam 1MDB itu sendiri, malahan kita mau tahu jugalah apakah sebenaranya 1MDB itu? Malahan apakah 1MDB ini entiti perniagaan yang berkaitan kerajaan? Malahan apakah kerajaan akan bertanggungjawab terhadap hutang-hutang 1MDB ini? Apakah 1MDB ini pernah melaporkan penyata kira-kira serta penyata imbangan syarikat kepada pihak SSM jika ia syarikat tak berkaitan kerajaan atau dibentangkan kepada parlimen dan pihak audit negara jika ia adalah berkaitan kerajaan? Sila Najib berikan penjelasan berhubung perkara ini. Kita tidak mahu ekonomi negara runtuh sebagaimana di Amerika, Ireland, Spain, Portugal, Greece hingga menyebabkan negara mendapat susah, rakyat juga mendapat susah. Bersikap jujurlah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...