Thursday, December 11, 2014

AKTA HASUTAN : SIAPA AMERIKA NAK CAMPUR HAL DALAMAN MALAYSIA? MALAYSIA NI BAPAK DIORANG PUNYA KE? PUIIII!

KHAMIS, 11 DIS 2014
KALAU tak ada dalangnya dan hasutan dari dalam negara, isu 'akta hasutan' ini tidak akan dipertikaikan oleh negara luar seperti Amerika. Siapa mereka yang mencampuri urusan dalaman negara orang seperti Malaysia ini. Malaysia ini adalah negara merdeka, bukan sebuah negara yang bergelut dengan peperangan dan sebagainya. IBM yakin, musuh-musuh negara yang terlalu mengidam untuk menerajui negara ini yang menjadi dalangnya. Dengan erti kata lain, musuh 'politik' negara ini yang punya angkara. Apa tidaknya. Ketua pembangkang sendiri (tak payah sebut nama) adalah rakan baik Amerika dan mempunyai perhubungan baik dengan beberapa orang-orang yang berpengaruh di Amerika Syarikat termasuk Naib Presidennya. Jadi, terang-terang ini adalah gara-gara pembangkang yang sakit hati apabila pengumaman Perdana Menteri, DS Najib bahawa 'akta hasutan' di kekalkan. Aduh! sakitnya hati para pembangkang. Berikutannya itu,  memang tepat sekali apabila Wisma Putra memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Y. Yun (gambar bawah kanan) untuk menjelaskan pendirian negara itu terhadap pengekalan Akta Hasutan 1948. 

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Malaysia juga kesal dengan komen yang dibuat Joseph berhubung perkembangan terbaharu akta berkenaan dalam sebuah portal baru-baru ini. Memandangkan kedudukan negara ini yang tidak berbelah bahagi terhadap kesederhanaan dan toleransi, Malaysia kecewa Duta AS telah memilih untuk membuat komen yang tidak munasabah ke atas keputusan kerajaan, katanya dalam satu kenyataan di sini. IBM masih ingat dan mungkin juga para pembaca sekalian pada 5 Disember lalu, Joseph memberitahu dia hairan dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Akta Hasutan dan kelmarin, dia sekali lagi membuat komen dengan berkata, isu berkaitan akta itu mencetuskan keimbangan AS kerana jika digunakan ‘terlalu meluas’ akan melanggar hak asasi manusia. Apa yang di maksudkan hak asasi oleh duta Amerika itu? Suruh dia 'selak kain' di negara nya, adakah Amerika mengamalkan hak asasi manusia? Ramai kaum berkulit hitam@negro di tindas dan buli oleh kaum berkulit putih di Amerika. Itu hak asasi kah? Apapun, lantak pi lah depa. Itu negara depa. 

Dalam pada itu, Anifah berkata, Malaysia menggesa kerajaan AS menghormati hal ehwal dalaman negara ini dan memberikan Malaysia ruang yang amat diperlukan oleh mana-mana negara yang semakin matang demokrasinya untuk memastikan keamanan keselamatan dan kestabilan yang berterusan. Katanya, Malaysia ingin mengingatkan semua pihak bahawa keputusan berkaitan dengan Akta Hasutan 1948 adalah hak mutlak kerajaan. Meskipun pihak luar ada kepentingan mengenai perkara ini, apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan berhubung apa jua akta adalah perkara dalaman dan komen yang tidak munasabah ke atas keputusan kerajaan akan dianggap sebagai campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara ini. 

Akta Hasutan tidak menghalang usaha memperkasakan demokrasi kerana ia adalah langkah pencegahan untuk memastikan tiada pihak mencetuskan ketegangan agama dan kaum yang boleh menggugat keamanan dan kestabilan di negara ini, katanya. Kesimpulannya, Amerika boleh pergi mampus. Kalau terlalu berpihak kepada pembangkang, bawa mereka semua ke Amerika Syarikat, jadikan mereka rakyat Amerika. Malaysia tidak memerlukan rakyat seperti mereka-mereka (pembangkang) ini. Mereka boleh berambus. Oleh itu, Amerika, jaga negara sendiri, jangan cuba-cuba nak jadi jaguh dan campur urusan negara orang. Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...